• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puas Hati Top Speed, Quartararo Salahkan Tayar Pula

Puas Hati Top Speed, Quartararo Salahkan Tayar Pula

February 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PELUMBA Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo berpuas hati dengan kelajuan tertinggi jentera prototaip YZR-M1 dengan tayar lama, tetapi mendakwa tidak gemar tayar baharu yang digunakan pada sesi kelayakan.

Quartararo dan rakan sepasukan, Franco Morbidelli gagal memanfaatkan kelebihan ketara dengan tayar baharu dengan hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 dan ke-20 (+1.054s dan +1.097s).

Dengan tayar lama, aku sangat gembira. Dengan hampir 22 pusingan tayar tu. Kemudian kami guna tayar baru dan terus jadi mimpi ngeri," katanya.

Quartararo mencatatkan kelajuan tertinggi 335.4kmj, hanya 2.1kmj di belakang jentera Ducati terpantas.

Jentera Quartararo menerima peningkatan besar, termasuk dua spesifikasi enjin berbeza, casis berbeza, swingarm dan bahagian aerodinamik.

Peliknya, Quartararo mendakwa tidak dapat mengesan kelemahan ketara jenteranya pada pusingan kelayakan.

Bukan aku kembali ke grid dan cakap, ‘aku hilang bahagian depan merata-rata’ atau ‘aku tak dapat grip’. Aku tak tau apa dah jadi dan ini masalah terbesar. Jadi ya, ini tanda tanya terbesar," kata Quartararo.

Pusingan kelayakan tahun ini lebih penting daripada musim lalu kerana setiap keputusan bakal menentukan kedudukan grid untuk dua permulaan perlumbaan, Sprint (baharu) dan Grand Prix.

Mampukah Yamaha menyelesaikan misteri yang menyebabkan jentera pasukan itu lebih perlahan berbanding Ducati?

BACA >>> Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak Power, Lemau Macam M1 Lama
BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022

SUMBER: Crash

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, franco morbidelli, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, MotoGP 2023, sukan permotoran, Tayar, top speed

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev