• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Harga Minyak Mac 2017 Diramalkan Kekal atau Turun Sedikit

#SembangDeras: Harga Minyak Mac 2017 Diramalkan Kekal atau Turun Sedikit

February 28, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

https://4.bp.blogspot.com/-woA6Z2WrN6E/U2npYNA4qUI/AAAAAAAAQDY/gx5kCbYIzqc/s1600/k%C3%BCtusekulu+arvutamine.png
BENARKAH harga minyak naik 20-40 sen esok seperti digembar-gemburkan sebuah laman web sebelum ini yang mencecah beribu-ribu perkongsian? Seperti biasa, harga minyak akan diedarkan kepada stesen-stesen minyak pada petang ini dan diketahui umum juga pada masa sama.

Ingat, kami tidak bermain dengan spekulasi dan tidak juga tergilakan like (secara murahan). Kadangkala perisik kami pantas memberikan maklumat, kadangkala lambat juga - bergantung situasi. Mungkin ketika itu dia tengah memandu, makan, buang air atau kecewa bercinta misalnya.

ANTARA RAMALAN DAN SPEKULASI

Media dan spekulasi berpisah tiada. Tetapi biarlah spekulasi itu dibuat atas dasar analisis fakta dan teori. Bukan sekadar serkap jarang atau agak-agak sahaja untuk memancing emosi pembaca. Kalau begitulah cara media-media seperti itu menyampaikan berita, apa bezanya mereka dengan ahli-ahli Parlimen kedai kopi kita. Cakap berdegar-degar sampai tertumpah kopi ke meja. Selepas bercerita, kehidupan pun kembali seperti biasa dan masing-masing gembira menonton gusti bersama-sama .

Sempena rutin pengumuman harga minyak hari ini, sukalah kami berkongsi status Facebook milik saudara Irmanyadi Idris tentang ramalan harga minyak sepanjang Mac depan (esok). Ingat, ramalan tetap ramalan dan tetap ada potensi mengena atau tidak. Apa yang membezakan antara ramalan berkredibel dan 'ke laut' adalah tentang cara bagaimana ia diramalkan. Selamat membaca! 🙂

*Status sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa mengurangkan maksud asal penulis. Harap maklum.

RAMALAN HARGA PETROL UNTUK MAC 2017

1. Kalau kita tengok harga purata minyak bertapis mengikut MOGAS95 bulan ini adalah sekitar AS$69.50 hingga AS$70.00 pada hari ini - 27 Februari 2017. (semalam)

2. Jadi berapa anggaran harga petrol kita bulan hadapan?

3. Agak-agak aku, sebab aku malas nak dapatkan purata sebenar harga minyak Februari, tengok graf antara AS$69.50 dan AS$70.05 aje geraknya. Katakanlah purata untuk Februari ialah AS$69.75 dan kadar tukaran Ringgit Malaysia (RM) - Dolar Amerika (USD) yang digunakan ialah RM4.44 = AS$1.

4. Satu tong (barrel) bersamaan RM309.69.

5. RM309.69 / 1 tong@159 liter = RM1.9477 seliter.

6. RM1.9477 + (kos proses minyak + profit 0.33 sen) = RM2.277

7. Harapan aku, berdasarkan perkiraan ringkas ini harga minyak tidak akan berubah untuk Mac 2017. Kalau dapat diturunkan kepada RM2.25 pun ok.

8. Harga minyak hanya akan naik 10 atau 20 sen jika ada berlaku kenaikan lebih AS$2 - AS$5 setong dalam sebulan seperti yang berlaku pada Januari, di mana harga setong minyak bertapis naik daripada purata AS$65-66 kepada AS$68-69.

9. Untuk bulan ni, harga minyak agak stabil walaupun kenaikan ada, tapi marginnya sangat-sangat kecil.

10. Semua ini aku kira untuk diri sendiri, aku taip dan aku kongsi kalau ada yang nak tau. Itupun sebab sudah ada orang duk sebar kat WhatsApp yang minyak nak naik RM2.70 bulan depan sehingga benda tu menimbulkan ketakutan pada orang sekeliling aku.

- Irmanyadi Idris

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: harga minyak Mac 2017, ramalan harga minyak Mac 2017, sembang deras

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev