• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Masih Tak Maafkan Rossi Pasal Kontroversi Sepang 2015

Marquez Masih Tak Maafkan Rossi Pasal Kontroversi Sepang 2015

February 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MARC Marquez melepaskan kemarahan terhadap musuh lama, Valentino Rossi dengan menuduh The Doc sebagai tidak menghormati, dan cuba melemahkan mental lawan dalam kontroversi MotoGP Malaysia 2015.

Musim ini, Marquez kembali beraksi dalam MotoGP 2023, iaitu kali kedua selepas Rossi bersara. Jika merangkul juara musim ini, Marquez bakal menyamai bilangan kejuaraan Rossi sebanyak tujuh kali.

BACA >>> Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015

Valentino Rossi - Marc Marquez - 3
Valentino Rossi - Marc Marquez - 2

Nama Rossi dan Marquez sentiasa menjadi sebutan ramai peminat yang masih membahaskan mana satu pelumba terhebat era moden, tetapi kontroversi lapan tahun lalu masih belum menemui titik damai antara dua pelumba itu.

Marquez memberitahu Spanish TV;

Serangan secara terbuka pada sidang akhbar itu memang teruk. Aku ada number dia dan dia pun sama. Dan kami tak pernah call. Masa tu aku baru 22 tahun, dia lagi tua 10 tahun dan lebih berpengalaman."

BACA >>> Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

Rossi mengejutkan padok GP selepas mendakwa rakan sepasukan Yamaha dan pencabar gelaran juara ketika itu, Jorge Lorenzo mendapat bantuan Marquez untuk muncul juara dunia.

Marquez berkata;

Sidang media Malaysia berlangsung dan dia bukan tarik aku ke tepi untuk bincang, tapi terus serang aku depan semua. Itu memang sikap tiada rasa hormat. Aku rasa itu serangan mental."

dia marah dengan aku atas sebab peribadi dan kononnya berkata, "aku lebih suka kalau Lorenzo menang."

pada perlumbaan GP Malaysia 2015, pertarungan Marquez dan Rossi cukup sengit hingga menjadi sebutan hingga hari ini. Marquez menjelaskan;

Itu memang lap gila, memang kami bersaing sengit. Valentino buat keputusan. Dia 'saja buang' aku. Itu bukan kemalangan.

"Mungkin jika kamu buat cubaan (memintas), hilang kawalan motosikal dan berlanggar dengan pesaing tetapi itu bukan secara kebetulan kerana kamu mendekati rider ke sisi trek, pandang mukanya dan tendang dengan kaki. Itu memang ko sengaja."

BACA >>> Rossi Kesal Tak Menang 2006, Dakwa Dihalang Jadi Juara 2015
BACA >>> Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi

Marquez terjatuh dan bersara daripada saingan Sepang. Rossi pula dikecam pesaing lain berikutan kontroversi itu dan dihukum memulakan perlumbaan di belakang grid pada pusingan akhir musim di GP Valencia. Tahun itu, Lorenzo muncul juara.

Sejak kontroversi 2015 di Litar Sepang, Marquez dan Rossi masih belum berdamai.

Aku tak perlu nak kawan dengan semua orang. Pada awalnya, aku sedia berdamai dengan Valentino tapi sekarang, tak ada dah. Aku membesar dengan dua legenda, satu ialah Dani Pedrosa, seorang lagi tu Valentino Rossi."

BACA >>> Pedrosa: Strategi Lumba Rossi Bukan Mahu Laju, Tapi Kacau Mental Lawan
BACA >>> Lorenzo: Susah Marquez Nak Pecahkan Rekod Rossi
BACA >>> Gagal Anjur MotoGP, Dorna Saman Litar KymiRing

SUMBER: Crash

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, GP Malaysia 2015, Marc Marquez, MotoGP, roda2, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev