INDONESIA merekodkan 153,400,392 unit kenderaan bermotor yang aktif atas jalan raya republik itu setakat 9 Februari lalu (semalam), kata Polis Trafik Indonesia, dipanggil Korps Lalu Lintas Polis Indonesia (Korlantas Polri).
Jumlah tersebut membabitkan statistik kenderaan persendirian dan komersial seluruh negara. Berikut perincian data kenderaan Indonesia:
BACA >>> Motosikal Kekal Mod Pengangkutan Paling Popular Indonesia, Jumlah Cecah 126 Juta Unit!\
BACA >>> Ahli Perniagaan Dapat Hadiah Yamaha 125ZR versi NOS Belum Isi Petrol Sempena Hari Jadi
STATISTIK KENDERAAN INDONESIA
- Jumlah keseluruhan kenderaan: 153,400,392 unit
- Jumlah kenderaan persendirian: 147,153,603 unit
- Jumlah kenderaan komersial dan pengangkutan awam: Lebih 6.2 juta unit
PECAHAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
- Motosikal: 127,976,339 unit (87 peratus)
- Kereta: 19,177,264 unit
PECAHAN KENDERAAN KOMERSIAL INDONESIA
- Kenderaan besar (seperti lori): Sekitar 5.7 juta unit
- Bas: 213,788 unit
- Kenderaan khas: 85,113 unit
Jumlah kenderaan dijangka terus meningkat kerana hampir semua pengeluar Indonesia sedang merancang melancarkan model baharu ke pasaran tempatan selepas krisis pandemik Covid-19.
Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI) mendedahkan jualan tahunan motosikal baharu sudah kembali ke paras normal, iaitu 5 juta unit setahun.
Data Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) pula merekodkan jualan kenderaan empat roda ke atas sebanyak 1 juta unit setahun.
Bagaimanapun, Agensi Statistik Pusat (BPS) mendakwa nisbah sebenar pemilikan kenderaan persendirian dan jumlah penduduk Indonesia ialah 1:53 orang.
Maksudnya, hanya seorang individu daripada setiap 53 penduduk Indonesia memiliki satu kenderaan persendirian, sama ada kereta atau motosikal. Data terbaharu BPS itu turut menyatakan Indonesia memiliki seramai 273.8 juta penduduk pada 2021.
KAWASAN PALING BANYAK KENDERAAN
- Pulau Jawa: 91,590,781 unit (59.7 peratus)
- Sumatera: 31,599,045 unit (20.6 peratus)
- Kalimantan: 11,060,752 unit (7.2 peratus)
- Sulawesi: 9,315,066 unit (6 peratus)
- Bali: 4,736,239 unit (3 peratus)
KAWASAN PALING KURANG KENDERAAN
- Nusa Tenggara: 3,109,927 unit
- Papua: 1,291,942 unit
- Maluku (termasuk Utara Maulu): 696,640 unit
BACA >>> Jumlah Pemilik Kereta Indonesia Cecah 20 Juta, Motosikal Lebih 123 juta!
BACA >>> Pembeli Kereta Elektrik Indonesia Keluaran Kilang Tempatan Dapat Subsidi Lebih RM22k!
BACA >>> Daihatsu Labur RM831j Bina Kilang Baharu di Indonesia, Bakal Hasil EV?
SUMBER: Kompas
Leave a Reply