SUZUKI India bukan hanya memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk Gixxer SF 250 (2023) tetapi melengkapkan sportbike tersebut dengan ciri konektiviti telefon pintar.
Teknologi menghubungkan motosikal-telefon itu dipanggil Suzuki Ride Connect menerusi paparan pada panel meter. Fungsi sama juga ditawarkan pada model Gixxer, Gixxer SF dan Gixxer 250.
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Skuter Lebih Mudah Terbabas, Kemalangan Jika Turun Bukit?
Suzuki Ride Connect membolehkan penunggang melihat beberapa maklumat tambahan pada skrin panel meter seperti notifikasi mesej pesanan ringkas, panggilan telefon dan perincian navigasi untuk setiap arah belok.
Menurut laporan, ada beberapa model Suzuki sudah dilengkapi sistem tersebut seperti V-strom SX, Access 125, Avenis dan Burgman Street EX.
BACA >>> Suzuki Mahu Perkenal 8 Motosikal Elektrik Menjelang 2030, Model Pertama Lancar 2024!
WARNA BAHARU SUZUKI GIXXER SF 250
Pilihan warna baharu Suzuki Gixxer SF 250 (2023) membabitkan skema tribut pasukan Suzuki MotoGP dengan liveri mjusim 2022. Kowl bawah enjin dan kedua-dua madgad berwarna hitam.
Warna kedua ialah perak kusam dengan aksen jingga. Varian itu ditampal pelekat badan dua huruf ‘X’ supaya lebih menarik.
Pengenalan ciri konektiviti baharu dan warna itu menyaksikan harga Suzuki Gixxer SF 250 (2023) naik 10,000 rupee (RM520) kepada 202,000 rupee (RM10,565).
BACA >>> Masalah Enjin Kuat Gegar: Suzuki India Panggil Balik Gixxer SF 250, Gixxer 250
BACA >>> Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar GSX-S150, GSX-R150, Harga Mula RM10k!
SUMBER: Kompas
RAYHANSHAS says
Order 1 warna hitam biru