HONDA Integra (2023) baru saja diperkenalkan ke pasaran China, tetapi bukan seperti coupe Toyota Celica yang popular suatu masa lalu.
Model 5-pintu itu tampil dalam versi hatchback seperti Honda Civic yang dikhaskan untuk pasaran China. Model itu dilaporkan dibina menerusi usahasama antara GAC dan Honda.
BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj
BACA >>> Honda N-BOX Jadi Kereta Terlaris Jepun, Jualan Lebih 202k Unit Sepanjang 2022!
Honda Integra (2023) menawarkan trenkuasa petrol dan hibrid. Model ini sebenarnya pernah diperkenalkan pada September 2021 sebagai model alternatif GAC-Honda kepada Honda Civic daripada Dongfeng-Honda.
Honda Integra (2023) juga berkongsi rekabentuk asas, trenkuasa, ruang dalaman dan banyak panel badan dengan Civic. Jika diperhati, model ini ada perbezaan sedikit pada bahagian depan dan belakang.
Model hatchback ini masih mengekalkan rekabentuk depan seperti lampu utama LED dengan bampar lebih menarik. Perbezaan dapat dilihat pada rekaan belakang, iaitu bampar dengan reflektor vertikal, difuser lebih sporty dan trim hitam sekeliling ekzos.
Foto dikongsi menunjukkan varian petrol kerana varian hibrid e:HEV tidak menampakkan kehadiran ekzos.
Honda Integra hatchback memiliki dimensi panjang 4,563mm, lebar 1,802mm dan tinggi 1,415mm, manakala jarak roda 2,735mm. Ini bermakna model ini lebih pendek 126mm berbanding sedan, dan lebih panjang 14mm daripada Civic Hatchback.
Malangnya, tiada foto ruang kabin dikongsi yang besar kemungkinan sama seperti Honda Civic versi China.
Sama seperti Civic, Honda Integra (2023) varian 240 Turbo mengunakan enjin 4-silinder 1.5L VTEC Turbo berkuasa 180hp dan tork 240Nm dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik CVT.
Varian e:HEV pula menggunakan trenkuasa hibrid aspirasi natural (NA) 2.0L dengan padanan motor elektrik.
GAC-Honda kin sudah mula mengambil tempahan awal untuk model tersebut, dan setakat ini belum ada pengumuman harga rasmi.
Bagaimanapun, harga hatchback 5-pintu ini dijangka bermula 129,900 yuan (RM82,690) untuk varian 240 Turbo dan 163,900 yuan (RM104,358) untuk e:HEV.
BACA >>> Acura Dedah Foto Integra Baharu dalam Versi 5-Pintu!
BACA >>> #Tular: Acura Integra Ada Bumbung Suria Atas Bonet
Leave a Reply