• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur

Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur

February 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TERMINAL Titiwangsa di Pekeliling, Kuala Lumpur bakal dibangunkan hab pengangkutan awam yang menghubungkan lima mod perkhidmatan pengangkutan awam di ibu kota.

Terminal itu, yang dibangun berasaskan model pembangunan berorientasikan transit (TOD), akan menghubungkan perkhidmatan bas, Monorel KL, transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang dan Seri Petaling, serta Transit Aliran Massa (MRT) Dua dan Tiga.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fok berkata, faktor saling hubung dan keluasan kawasan adalah antara faktor utama pemilihan stesen Titiwangsa sebagai hab pengangkutan awam.

Lokasi berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut mendorong idea berkenaan, yang mana hab pengangkutan awam tersebut akan dibangunkan secara berfasa dan kini masih di peringkat perbincangan.

Pembangunan tapak milik Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) itu antara lain bakal mengetengahkan elemen ketersambungan batuan pertama dan akhir yang tidak hanya bergantung kepada bas pengantara.

Tambah Loke lagi, Kementerian kini sedang melihat pendekatan lain termasuk kerjasama dengan teksi dan syarikat e-hailing bagi menyelesaikan isu ketersambungan batuan pertama dan akhir.

Antara cadangan dibuat adalah ialah projek rintis bagi memperkenal konsep 'ride sharing' kepada syarikat e-hailing bagi memastikan perjalanan dari rumah ke stesen dapat dioptimum dengan kadar tambang lebih murah," katanya sempena lawatan kerja ke MRT Laluan Putrajaya.

Loke turut menggalakkan penggunaan lebih banyak kenderaan mikromobiliti bagi menyelesaikan isu ketersambungan batuan pertama dan akhir dalam kalangan pengguna perkhidmatan awam.

Bagaimanapun beberapa infrastruktur khusus perlu dibangunkan bagi memudahkan penggunaan kenderaan mikromobiliti.

Kita juga perlu membenarkan dan menggalakkan penggunaan kenderaan mikromibiliti kerana ketetapan terdahulu melarang penggunaannya atas jalan raya," katanya.

BACA >>> DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
BACA >>> Rel Bengkok, Tiang Utama Retak Punca Tren Laluan LRT Ampang-Sri Petaling Lewat

SUMBER: BeritaHarian

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, e-Hailing, HKL, Laluan MRT Putrajaya, LRT, LRT laluan Ampang, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Menteri Pengangkutan, MRT, Rapid KL, Teksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my