• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mengantuk Tak Boleh Bincang, Penunggang Skuter Berhenti Lelap Tengah Jalan Sibuk

Mengantuk Tak Boleh Bincang, Penunggang Skuter Berhenti Lelap Tengah Jalan Sibuk

February 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG polis trafik di Thailand berkongsi video di Tik Tok tentang aksi seorang penunggang skuter terlelap atas skuternya di tengah jalan raya dekat Bangkok.

Anggota polis itu kemudian pergi mengejutkan penunggang tersebut dan mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh alkohol, cuma rasa sangat mengantuk. Klip video itu dikongsi dalam akaun TikTok Nui Seeaun.

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh

@nuiza23เหตุการณ์นี้เกิดขึ้นที่เเยก คปอ ตรวจสอบเเล้ว ไม่ได้เมาเเต่อย่างใด เพียงเเค่ง่วงนอนมาก เลยจอดรถนอน เเต่จอดผิดที่ไปหน่อยน่ะครับ เอาซะหวาดเสียว ขอบคุณพลเมืองดีที่รีบมาเเจ้ง สอบถามเเล้ว ไหวเเน่น่ะว่าไปต่อไหว พี่เขายืนยันว่าไปต่อไหว เป็นห่วงน่ะครับพี่น้องประชาชน คนทำงานสู้ๆครับ♬ เสียงต้นฉบับ - เจอกันที่คอนฯ - TANGMAYตังเม

Klip video menunjukkan seorang penunggang berjaket hijau di atas skuter di lorong kiri laluan sibuk. Berikut penjelasan polis mengenai insiden berkenaan:

Insiden berlaku di Persimpangan Kor Por Aor di daerah Don Mueang, Bangkok. Saya boleh sahkan dia bukannya mabuk. Dia cuma betul-betul mengantuk.

"Dia tak dapat meneruskan perjalanan dan mengambil keputusan untuk berhenti. Memang sedikit menakutkan. Terima kasih kepada pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu dan segera melaporkannya kepada polis.

"Penunggang itu berkeras menyatakan dia mampu meneruskan tunggangan. Anda semua jaga diri baik-baik. Jom teruskan perjalanan ke tempat kerja!”

Anggota polis itu dilihat mengejutkan penunggang berkenaan dan bertanya keadaannya serta turut menawarkan bantuan untuk mencari tempat rehat.

Polis itu bertanya;

Hang OK tak? Apa dah jadi? Pasaipa parking kat sini?”

Penunggang itu menjawab;

Aku nak balik rumah kat Klong Sam di Pathum Thani. Aku rasa mengantuk sangat dan tiba-tiba terlelap. Aku masih boleh ride.”

Anggota polis itu kemudian meminta penunggang berkenaan tidur di bawah pokok di bahu jalan kerana lebih selamat. Lagipun rumahnya masih agak jauh, kira-kira 23km dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, penunggang itu menolak nasihatnya dan memilih untuk meneruskan perjalanan.

Netizen mengesyaki penunggang itu tidak mahu meninggalkan skuternya kerana bimbang motosikal dicuri.

Di bawah Seksyen 53(3) Akta Pengangkutan Darat, individu mengendali kenderaan yang menghalang trafik boleh dihukum penjara hingga tiga bulan, denda 2,000 baht (RM255) hingga 10,000 baht (RM1,280) atau kedua-dua sekali.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Kod IP Kalis Habuk, Air untuk Produk?
BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk

SUMBER: TheThaiger

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Autoglobal, autoterkini, Don Mueang, Kor Por Aor, Polis Bangkok, roda2, Yamaha NMAX 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my