SEBUAH helmet Shoei J Force 2 Jack berwarna kuning di FT Garage Penang dijual kepada seorang peminat wanita pada harga RM86,000 hingga mencetuskan kecaman netizen kerana dianggap terlalu mahal.
Susulan itu, FT Garage Racing - BIKE Helmet Shop menjelaskan di Facebook bahawa jualan helmet tersebut benar-benar berlaku dan bukan hanya konten pemasaran untuk melariskan kedai.
Untuk edisi2 collectable item macam ni, biasa kitorang memang dah ada pelanggan. Biasanya diorang ni tak kisah duit. Diorang ni terdiri dari golongan jutawan," kata kenyataan kedai helmet terbabit.
BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Piawaian Baharu UNECE R22.06 untuk Helmet? Apa Berbeza?
Walaupun kali kedua menjual helmet sama, ini kali pertama kedai tersebut menjual helmet pada harga RM86,000 tidak sampai 24 jam mendarat di Malaysia (helmet dari Jepun).
Pada 2014, iaitu kira-kira lapan tahun lalu, kedai sama dilaporkan menjual sebuah helmet jenis sama pada harga RM30,000.
Apapun, tidak kira berapa mahal harga helmet anda, setiap helmet sebenarnya ada tarikh luput. Shoei misalnya, helmet itu perlu diganti selepas lima tahun daripada tarikh pembelian, tanpa mengira helmet tersebut masih cantik atau tidak.
Selain itu, helmet seperti Shoei juga perlu ditukar jika terhentak atau terjatuh kerana produk itu direka untuk menyerap satu hentakan besar saja. Maklumat mengenai tarikh pengeluaran ada tertulis pada pelekat dalam helmet di bawah pad (span) telinga dalam format tahun, bulan dan hari (YY/MM/DD).
Malah helmet baharu yang tidak dipakai juga perlu diganti kerana pelapik polistirena kembang boleh hancur (EPS) dalam helmet akan berubah semasa ke semasa.
Semakin lama usia EPS, semakin kurang kemampuan menyerap impak dan melindungi kepala daripada kemalangan. Malah, helmet disimpan lama, walaupun tidak pernah dikeluarkan daripada kotak, juga tidak dapat melindungi kepala anda seperti helmet baharu.
Atas dasar keselamatan, pengguna dinasihatkan menukar helmet baharu setiap kali berlaku sebarang kerosakan atau selepas melebihi had umur ditetapkan pengeluar tidak kira seberapa mahal harga helmet berkenaan.
BACA >>> Penunggang Ducati Tak Pakai Helmet Serah Diri, Dapat 3 Saman
BACA >>> Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
Leave a Reply