• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

February 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODEL Kei-Car Terbaik 2022-2023 di Jepun, Mitsubishi eK X EV mendapat rating lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP).

Mitsubishi eK X EV dinilai dalam tiga kategori, prestasi keselamatan perlanggaran, prestasi keselamatan pencegahan dan sistem panggilan kecemasan kemalangan automatik.

BACA >>> Nissan Sakura, Mitsubishi eK X EV Dipilih Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2022/23
BACA >>> Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi Gomen Jepun!

Minivan ini memenangi anugerah Kereta Terbaik Japan Automotive Hall of Fame (JAHFA) 2022 dan Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2022-2023, termasuk Kei Car Terbaik tahun sama.

Mitsubishi Motors kekal komited dengan falsafah berorientasi keselamatan untuk mencapai masyarakat mobiliti sifar kemalangan jalan raya melalui usaha berterusan membangunkan, menyebarkan teknologi keselamatan dan menyebarkan pengetahuan tentang keselamatan lalu lintas,” kata kenyataan Mitsubishi.

Antara ciri keselamatan ditawarkan ialah 7 beg udara di depan, sisi, tirai, dan lutut pemandu yang membantu meningkatkan prestasi 'keselamatan perlanggaran', sekali gus membolehkan minivan EV ini memperoleh skor 'A' dengan catatan 88.31 poin daripada 100 poin.

Mitsubishi eK X EV turut dilengkapi teknologi keselamatan aktif seperti sistem  Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM), Amaran Tukar Lorong (LDW), Elak Tukar Lorong (LDP) dan Bantuan Kecemasan untuk Salah Pedal (EAPM).

Sementara itu, sistem panggilan kecemasan (ECS) memainkan peranan penting dalam mencapai skor sempurna (100 peratus) menerusi Sistem Panggilan Kecemasan Kemalangan Automatik (AAECS) dengan skor 8 poin.

Mitsubishi eK X EV dijana unit motor elektrik MM48 berkuasa 63hp (47kW) iaitu had kuasa maksimum dibenarkan undang-undang Kei-Car Jepun.

Menariknya, tork kei-car pacuan roda depan ini agak tinggi, iaitu 195Nm. Sebagai perbandingan, Mitusbishi eK X Hybrid dengan enjin hibrid 3-silinder 660cc turbo hanya menghasilkan tork 100Nm.

Mitsubishi eK X EV dijual pada harga bermula 2,398,000 juta yen (RM82,640) hingga 2,932,600 yen (RM101,050).

Harga ini jauh lebih mahal daripada varian petrol yang berharga antara 1,463,00 juta yen (RM50,410) dan 1,688,500 yen (RM58,180).

Dengan subsidi diberikan Kerajaan Jepun terhadap EV, skim pencukaian untuk kereta-eko dan kenderaan ringan, termasuk subsidi daripada Majlis Bandaraya Tokyo, Mitsubishi eK X EV boleh dibeli pada harga 1,018,000 juta yen (RM35,090) sahaja.

BACA >>> MMM Jual Lebih 24k Kenderaan Sepanjang 2022, Mitsubishi Xpander Paling Laris!
BACA >>> Triton Lonjak Pasukan Mitsubishi Ralliart Sebagai Juara AXCR 2022

SUMBER: Carmudi

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Jepun, K-Car, Kei car, Kei Car of the Year, Kereta Terbaik Japan Automotive Hall of Fame (JAHFA) 2022, Kereta Terbaik Jepun 2022-2023, Mitsubishi eK X EV, Prestasi Keselamatan Kenderaan 2022., Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev