• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman

JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman

February 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

783
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman terhadap lima bengkel motosikal yang menawarkan khidmat ubah suai motosikal secara haram sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya negeri itu dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, semua bengkel tersebut diserbu dalam Ops Bengkel dengan 24 unit motosikal didapati melakukan pelbagai kesalahan ubah suai tanpa kebenaran.

66 notis saman dikeluarkan melibatkan 30 kesalahan ubah suai seperti memasang tayar sotong, mengubah swing arm dan lain-lain," kata Adenan.

Kredit foto: Berita RTM

Ops Bengkel selama dua jam itu bermula jam 1 tengah hari yang melibatkan 120 pegawai dan anggota JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Adenan berkata, saman dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pengusaha bengkel diarahkan membetulkan semula motosikal yang diubah suai kepada standard.

JPJ Pulau Pinang menasihati pemilik bengkel supaya menghentikan kerja mengubah suai motosikal secara haram bagi mengekang kegiatan mat rempit dan lumba haram.

Pemeriksaan kami mendapati ubah suai yang sering dilakukan adalah melibatkan pemotongan brek motosikal bagi meningkat kelajuan enjin kerana apabila motosikal ditanggalkan brek, geseran tidak berlaku pada tayar dan ia membolehkan enjin mempunyai kuasa memecut lebih laju," kata Adenan.

Menurutnya, bengkel motosikal di Jalan Gudwara sering menjadi tumpuan mat rempit untuk mengubah suai motosikal dan pernah diserbu serta disaman tahun lalu atas kesalahan sama.

BACA >>> Keranamu JPJ, Lelaki Pecut Tinggalkan Tunang Jatuh Motor
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

SUMBER: Bernama

Related

783
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: bengkel, ekzos, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jalan Gudwara, JPJ Pulau Pinang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Lumba Haram, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), mat rempit, Ops Bengkel, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Saman, Swing Arm, Ubah Suai Motosikal Haram

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev