ASTRA Daihatsu Motor (ADM) mengadakan majlis pecah tanah untuk pembinaan kilang pemasangan kenderaan baharu di Indonesia.
Fasiliti baharu itu membabitkan jumlah pelaburan kira-kira Rp2.9 trilion (RM831 juta) yang dibangunkan di Kawasan Industri Suryacipta, Karawang Timur di Jawa Barat dengan kapasiti pengeluaran 140,000 unit kenderaan setahun.
Walaupun tidak mendedahkan tarikh pembinaan, pembinaan kilang baharu itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2024 sebelum memulakan operasi awal 2025.
BACA >>> Daihatsu Indonesia Bangunkan Axia Elektrik
BACA >>> Tempahan Perodua Axia (2023) Serba Baharu Dibuka, Harga RM38.6k-RM49.5k
Fasiliti terbaharu itu akan menggantikan kilang lama ADM, yang berusia 27 tahun, di Sunter, Jakarta, juga kilang kedua di Karawang, selepas kilang pertama di lokasi sama pada 2011.
Pengarah Eksekutif ADM, Yasushi Kyoda berkata, jumlah pelaburan menunjukkan kesungguhan menjalin kerjasama erat dengan Indonesia.
Menurutnya, kilang baharu itu direka berasaskan konsep tenaga boleh diperbaharui bagi membantu mengurangkan emisi karbon hingga 20 peratus. Kyoda berkata demikian bertujuan menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi untuk pengguna pada harga jualan lebih kompetitif.
POTENSI BINA DAIHATSU EV
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Korporat dan Komunikasi, Sri Agung Handayani berkata, premis itu akan mengeluarkan model yang pernah dihasilkan kilang di Sunter.
Beliau berkata;
Selepas itu, pengeluaran kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) disebabkan pemindahan dari Sunter.
"Jadi, pemindahan pengeluaran ke kilang baharu ini adalah untuk model Xenia-Avanza dan Rush-Terios."
Mengenai kemungkinan kilang itu mengeluarkan model kenderaan elektrik (EV), Sri Agung enggan mendedahkan secara jelas, tetapi mendakwa rancangan masa depan akan diumum apabila tiba masa.
Bagaimanapun, Yasushi dalam ucapannya menyatakan kilang baharu itu memiliki keupayaan mengeluarkan kenderaan EV dan kilang tersebut adalah satu pencapaian penting untuk ADM.
Selain itu, Setiausaha Agung Kementerian Perindustrian, Dody Widodo berkata:
Hari ini ialah enjin pembakaran dalaman, mungkin pada masa akan datang akan ada model hibrid dan EV."
BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi...
BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Kilang Baharu Tesla di Asean untuk Hasilkan 1 Juta Kereta Elektrik?
Leave a Reply