• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian Rasmi MotoGP Kembali ke Sepang 10-12 Februari Ini, Ada Pit Lane Walk, Masuk Percuma!

Ujian Rasmi MotoGP Kembali ke Sepang 10-12 Februari Ini, Ada Pit Lane Walk, Masuk Percuma!

February 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

UJIAN Rasmi MotoGP Sepang kembali di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10-12 Februari 2023.

SIC mengalukan kehadiran peminat MotoGP ke Sepang dengan kemasukan percuma ke Grandstand Utama untuk menyaksikan jentera baharu pasukan MotoGP musim 2023.

BACA >>> Senarai Awal Pelumba MotoGP 2023, Siapa Bakal Juara?
BACA >>> Ini Senarai Gaji Pelumba MotoGP Terima Untuk Musim 2022

Menariknya, ada penambahan baharu dalam acara ujian tahun ini, iaitu sesi Pit Lane Walk pada Jumaat dan Sabtu (10-11 Februari) dari jam 6.30 petang hingga 7.00 malam yang terhad kepada 1,000 pemegang tiket Grandstand setiap hari.

Parkir premium boleh didapati dengan bayaran RM10 untuk kereta dan RM5 untuk motosikal di Kawasan Pusat Beli-belah paling hampir dengan Grandstand Utama, manakala RM5 dikenakan untuk kereta dan RM2 untuk motosikal di P SIC dan PX, manakala kawasan parkir lain adalah percuma.

Tiket early bird dengan diskaun 15 peratus untuk Petronas Grand Prix of Malaysia 2023 pada 10-12 November 2023 masih boleh dibeli dan promosi sah hingga 31 Mac depan.

Harga tiket eperti berikut:

  • RM122.20 untuk F Grandstand
  • RM175.30 untuk Grandstand K1
  • RM293.30 untuk Grandstand Utama
  • RM361.30 untuk Marc Marquez Tribune
  • RM433.50 untuk Premier Roving
  • RM544.00 untuk Tempat Duduk Perdana

Penonton boleh mengunjungi gerai tiket fizikal yang terletak di Grandstand Utama atau layari laman web di www.sepangcircuit.com untuk pembelian tiket atas talian.

BACA >>> Pecco: MotoGP 2023 Sangat Sengit, Ada 4 Juara Dunia Berentap Satu Tujuan
BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP Winter Test, public pit lane walk, Sepang MotoGP Official Test, Ujian MotoGP 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev