• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) Lancar di Eropah, Harga RM41k

Sportbike Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) Lancar di Eropah, Harga RM41k

February 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI Motors Corporation melancarkan sportbike 4-silinder 400cc, Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) di pasaran Eropah pada harga dijangka RM41,180. 

Ada tiga varian diperkenalkan:

  • Ninja ZX-4R
  • Ninja ZX-4R SE
  • Ninja ZX-4R RR

Semua model dijangka tiba pada musim luruh atau suku ketiga tahun ini. Berikut perincian Kawasaki ZX-4R (2023) ini:

Trenkuasa

  • Dijana enjin 4-lejang 399cc DOHC penyejukan cecair dengan had rev 15,000rpm.
  • Output kuasa 57kW (76.4hp), atau (79.1hp) (59kW) menerusi sistem ram udara (ram air).
  • Kapasiti tangki bahan api 15 liter.

Casis

  • Menggunakan casis sama seperti model adik Kawasaki Ninja ZX-25R.
  • Berbeza siri 'ZX' lain, Kawasaki ZX-4R (2023) menggunakan casis trellis keluli yang dikatakan lebih kuat.

Suspensi

  • Menggunakan sistem suspensi daripada rakan Kawasaki dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) Showa dengan fork SFF-BP di depan dan monoshock horizontal backlink di belakang.
  • Varian Standard menggunakan fork SFF-BP dan monoshock horizontal-backlink, manakala varian SE dan RR mendapat fork depan boleh laras prabeban. Varian RR pula menerima monoshock Showa BFRC seperti Kawasaki ZX-10R.

Brek

Sistem brek cakera kembar 290mm di depan, dan cakera tunggal 220mm di belakang.

Ciri

Berikut ciri khas yang ada pada Kawasaki ZX-4R (2023):

  • Lampu LED penuh.
  • Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC).
  • Mod tunggang: Sport, Road, Rain, dan Rider (kustom).
  • Quickshifter (untuk SE dan RR).
  • Panel meter LCD 4.3 inci dengan fungsi mod trek.
  • Konektiviti telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

Harga rasmi belum diumumkan, tetapi menurut portal RideApart, sportbike ini akan dijual pada harga bermula AS$9,699 (RM41,180).

SUMBER: RideApart

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Eropah, Kawasaki Motors Corporation, Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki ZX-4R, roda2, Showa, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my