• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Mampu Langsai 'Hutang' Kenderaan Skim PENJANA Sebelum 31 Mac 2023

Proton Mampu Langsai 'Hutang' Kenderaan Skim PENJANA Sebelum 31 Mac 2023

February 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PROTON mengesahkan pihaknya masih berhutang sekitar 80,000 unit kenderaan kepada pembeli sejak tahun lalu.

Daripada jumlah itu, kira-kira 20,000 unit tempahan dibuat pelanggan sebelum tarikh akhir skim PENJANA yang menawarkan insentif pengecualian cukai jualan.

BACA >>> Tiada Lagi Lanjutan Pengecualian SST, Harga Kereta Baharu Naik 1 Julai Ini
BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

Bagaimanapun, pengeluar nasional itu yakin mampu menyiapkan semua tempahan pelanggan sebelum tarikh 31 Mac depan dengan model paling banyak tertunggak ialah Proton Saga, disusuli Persona.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Buat masa ini, apa yang dirancang.. Insya-Allah, kami boleh tunaikan sampai bulan Mac (2023). Pengeluaran kenderaan Proton agak stabil dan dapat memenuhi tunggakan tempahan.”

Proton mengakhiri 2021 dengan rekod jualan 141,432 unit kenderaan dengan jumlah pengeluaran 151,404 unit. Jumlah pengeluaran tersebut meningmkat 40 peratus berbanding tahun sebelum.

Beliau berkata;

Disebabkan faktor itu (lebihan pengeluaran), kita dapat membekalkan atau memenuhi apa-apa tempahan tertunggak sebelum berakhir skim Penjana.

"Jika ada yang terlebih (gagal serah kenderaan sebelum 31 Mac 2023), Proton juga akan menanggung kos cukai jualan (SST)."

Menurutnya, Proton secara purata menerima tempahan sekitar 30,000 unit kenderaan sebulan, manakala sasaran pengeluaran tempoh sama ialah 15,000-16,000 unit.

Mengenai tempoh menunggu, Roslan mendakwa sesetengah model terutama beberapa siri X tiada tempoh menunggu lama, tetapi kelewatan biasanya disebabkan faktor pendaftaran. Hanya varian dan pilihan warna tertentu perlu menunggu lama.

BACA >>> CEO: Tiada Perodua Bezza (2023) Baharu, Tahun Ini Cuma Ada Axia
BACA >>> Proton Pun Tak Cadang Naikkan Harga Kenderaan Tapi….
BACA >>> SUV Proton X90 Masuk Pasaran Bulan Depan?
BACA >>> Proton Mampu Langsai 'Hutang' Kenderaan Skim PENJANA Sebelum 31 Mac 2023

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Proton, Roda4, Roslan Abdullah, Skim Penjana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev