• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Janji Tak Naik Harga Kereta Tahun Ini! Kecuali...

Perodua Janji Tak Naik Harga Kereta Tahun Ini! Kecuali...

January 31, 2023 By Shawkath Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA mengesahkan tiada rancangan untuk menaikkan harga produk kenderaan sedia ada walaupun berlaku kenaikan harga kos bahan mentah.

Model yang disebut tidak mengalami kenaikan harga ialah Myvi, Aruz, Bezza, Ativa dan Alza. Bagaimanapun, Perodua Axia (2023) serba baharu mengalami kenaikan harga berbanding model sedia ada. Kenapa?

BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Akan Lebih Panjang, Lebar, dan Rendah
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?

Perodua President & CEO Dato' Zainal Abidin Ahmad
Perodua

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan;

Buat masa ini, kami tiada peningkatan harga dan kami akan kekal sekurang-kurangnya tahun ini. kami akan maintain.No price increase.

"Sebab kami rasa, apa yang kami perlu lakukan adalah mesti ada cara daripada kami punya own internal reduction (pengurangan dalaman syarikat) untuk kita menguruskannya.

"Dan mesti ada cara supaya vendor kita juga mampu mengurangkan kos. Model sedia ada tidak ada peningkatan harga.

Dari segi harga baharu, contohnya model Axia (2023) serba baharu. Saiz model ini lebih besar berbanding model terdahulu. Kedua, cirinya juga berbeza. Axia dulu basic, contohnya tidak ada ASA atau beg udara.

"Untuk Axia serba baharu, ia dilengkapi enam beg udara termasuk beg udara langsir kerana keselamatan itu amat penting. Dengan peningkatan dari segi spesifikasi dan keselamatan, maka harga memanglah berbeza (model lama) dengan model sekarang.

"Kami naikkan harga untuk model baharu bukan kerana impak inflasi, bukan sebab impak material (bahan pembuatan) tetapi disebabkan tambahan ciri baharu. Konsep kami begitu.

"Selagi kami boleh bertahan (tidak meningkatkan harga), kami akan bertahan setakat mana kami boleh bertahan."

BACA >>> Terkini Perodua Axia (2023)! Ada 4 Varian, Semua CVT, Tiada lagi Transmisi Manual?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!

Beliau secara peribadi berpendapat harga bahan mentah sudah mencapai tahap tertinggi tahun ini dan tidak akan bertambah, tetapi menjadi stabil.

Ia akan stabil pada suatu tahap puncak. Pada pertengahan tahun ini, ia (harga) akan mula menurun. Kenapa? Sebab keadaan semakin pulih, semua dah start recover, ada economies of scale, orang dah kembali ke skala pengeluaran asal dan ini akan ada price reduction (penurunan harga).

"Sebab itu saya yakin tahun ini takkan ada (kenaikan harga) dan kita tidak menaikkan harga disebabkan inflasi. Jika spesifikasi berbeza, memang akan ada kenaikan harga."

BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Lancar Februari Ini, Ada 5 Varian Ditawarkan?
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua, Perodua Axia Serba Baharu (2023), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev