PERODUA mengumumkan pembukaan tempahan Perodua Axia (2023) serba baharu di semua bilik pameran jualan Perodua sah seluruh negara.
Ada empat varian ditawarkan:
- Perodua Axia G
- Perodua Axia X
- Perodua Axia SE
- Perodua Axia AV
Enjin dan Transmisi
Perodua Axia (2023) menggunakan enjin kenderaan cekap tenaga (EEV) 1.0L yang dipadankan transmisi automatik D-CVT untuk semua varian.
Walaupun enjin sama seperti sebelum ini, tetapi transmisi bukan lagi automatik 4-kelajuan. Jadi benar seperti apa dikhabarkan tiada transmisi manual untuk model serba baharu ini, tetapi Perodua mendakwa akan menghasilkan varian manual untuk kegunaan sekolah memandu.
Dua varian tertinggi, SE dan EV dilengkapi ciri Power Mode menerusi butang PWR di stereng.
Luaran
- Lampu LED
- Lampu Siang (DRL) LED
- Penghidup tanpa kunci (keyless entry)
Dalam
- Klkuster instrumen dengan paparan multi-info (MID) TFT 7 inci
- Unit infotainment 9 inci
Ciri Keselamatan
Selain dilengkapi teknologi Bantuan Pemanduan Pintar Perodua (PSDA), Perodua Axia (2023) turut dilengkapi ciri keselamatan asas seperti:
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Kawalan Traksi (TRC)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
- 6 beg udara SRS
- Filem cermin gelap
Warna
- Coral Blue (biru)
- Glittering Silver (perak)
- Granite Grey (kelabu)
- Lava Red (merah)
- Ivory White (putih solid)
View this post on Instagram
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, model Perodua Axia adalah sebahagian rantaian pengeluaran dan komponen global.
Perodua Axia 2023 menawarkan pelbagai pilihan untuk pembeli kereta peringkat permulaan dan kami percaya Axia menawarkan nilai terbaik dalam segmen," katanya.
Perodua Axia (2023) ialah evolusi daripada model terdahulu dari segi penggunaan bahan api dengan kemampuan pemanduan hingga 27.4km per liter mengikut piawaian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC) baharu.
Namun jika diukur menggunakan standard Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC), hatchback segmen-A ini mampu bergerak hingga 23.2km per liter berbanding 21.6km per liter untuk model sedia ada.
Harga tentatif Perodua Axia (2023) dianggarkan antara RM38,600 hingga RM49,500, atas jalan tanpa insurans. Perincian lengkap model ini akan didedahkan pada hari pelancaran kelak.
BACA >>> Terkini Perodua Axia (2023)! Ada 4 Varian, Semua CVT, Tiada lagi Transmisi Manual?
BACA >>> Daihatsu Ayla, Toyota Agya (2023) Juga Lancar Bulan Depan, Sama Spesifikasi Axia Baharu?
Leave a Reply