PIHAK Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA) merancang menubuhkan Akademi Latihan Menunggang Motosikal secara percuma untuk penunggang ibu kota itu dalam usaha mengurangkan kemalangan motosikal dan menjadikan jalan raya lebih selamat.
Pemangku Pengerusi MMDA, Romando Artes berkata, akademi tersebut akan memberi latihan formal dalam aspek teori dan praktikal menunggang.
BACA >>> Datuk Bandar Naik Angin Penunggang Filipina Suka Lawan Arus
BACA >>> Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya
Di bawah projek itu, MMDA akan mewujudkan kumpulan kerja teknikal untuk menggubal modul Kursus Latihan Keselamatan Motosikal yang akan memanfaatkan penunggang baharu dan berpengalaman mengenai latihan dan pengetahuan asas betul.
Latihan itu merangkumi:
- Ilmu pengetahuan mengenai jenis, ciri, bahagian asas, kawalan asas berbeza.
- Pengendalian motosikal.
- Undang-undang dan peraturan keselamatan jalan raya yang berkaitan pengendalian motosikal.
- Kemahiran menunggang yang diperlukan untuk elak situasi bahaya.
- Memahami kesedaran risiko dan mengambil risiko.
Kursus Latihan Keselamatan Motosikal ditawarkan MMDA itu juga merangkumi latihan asas respons kecemasan.
Ini peluang baik untuk mengasah kemahiran menunggang dan memberikan pertolongan cemas kepada orang ramai yang bakal berdepan kemalangan jalan raya tidak dijangka,” kata Artes.
Peserta akan diberikan sijil tamat pembelajaran, praktikal, dan Kursus Asas Respons Kecemasan.
Pembelajaran diberikan adalah termasuk adab menunggang motosikal, orientasi motosikal, peraturan lalu lintas jalan raya, dan undang-undang keselamatan motosikal.
Latihan simulasi pula membabitkan persediaan menunggang, situasi menunggang biasa, demonstrasi pemanduan keselamatan dan kursus asas menunggang Motosikal.
MMDA kini sedang berbincang dengan perkhidmatan e-hailing motosikal seperti Grab untuk memberikan keutamaan kepada penunggang yang sudah mengambil kursus tersebut.
BACA >>> Cikgu Sekolah Memandu Hadap Tuduhan Terima Rasuah RM400 untuk Luluskan Ujian
BACA >>> Cikgu Pergi Tandas, Pelajar Sekolah Memandu Terlajak Masuk Longkang!
SUMBER: MotoPinas
Leave a Reply