• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bridgestone Bikin Tayar Musim Sejuk, All-Terrain untuk Lamborghini Huracan Sterrato

Bridgestone Bikin Tayar Musim Sejuk, All-Terrain untuk Lamborghini Huracan Sterrato

January 30, 2023 By Shawkath Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BRIDGESTONE dipilih sebagai rakan eksklusif tunggal Lamborghini untuk menghasilkan tayar musim sejuk dan pelbagai rupa bumi (all-terrain) khas untuk model baharu Lamborghini Huracan Sterrato.

Lamborghini Huracan Sterrato ialah supercar all-terrain pertama dunia yang dijana enjin V10 dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

Tayar khas untuk supercar itu dipanggil Bridgestone Dueler All-Terrain AT002 yang membolehkan pemandu menikmati prestasi maksimum atas jalan raya biasa dan off-road.

Produk itu menerima penambahbaikan polimer, corak bunga dan teknologi tayar khas untuk menambah baik keupayaan model itu di semua permukaan jalan dengan memaksimumkan keseronokan pemanduan.

KELEBIHAN DUELER ALL-TERRAIN AT002

tayar-bridgestone-lamborghini-huracan-sterrato-2
tayar-bridgestone-lamborghini-huracan-sterrato-1
  • Tayar pertama supercar jenis all-terrain yang dilengkapi teknologi Run-Flat (RFT).
  • Boleh dipandu selamat walaupun tayar pancit untuk jarak sejauh 80km dengan kelajuan 80kmj dan bar tekanan 0.
  • Menawarkan prestasi versatil terbaik untuk semua permukaan jalan.
  • Dicipta dan dibangunkan di Eropah.
  • Ada kompaun baharu untuk meningkatkan cengkaman.
  • Bahu atau dinding tayar memberi cengkaman tambahan atas laluan berbatu dalam dan lumpur.
  • Corak bunga membantu aspek pengendalian terbaik dan prestasi pemanduan kelajuan tinggi tanpa kompromi cengkaman atas kondisi jalan off-road.

SAIZ TAYAR

Bridgestone Dueler All-Terrain AT002 ditawarkan dalam saiz:

  • 235/40 RF19 96W XL RFT (depan)
  • 285/40 RF19 107W XL RFT (belakang)

Bridgestone Blizzak LM005 pula dikhaskan untuk pemanduan musim sejuk hadir dengan saiz:

  • 235/40 R19 96W XL
  • 285/40 R19 107W XL

BACA >>> Inovasi Mus Tayar Pintar Bakal Atasi Masalah Pancit
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Bridgestone, Bridgestone Dueler All-Terrain AT002, Lamborghini Huracán Sterrato, Run-Flat (RFT), Tayar, Tayar Bridgestone, tayar kereta sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev