• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda PCX 125 dan 160 (2023) di Jepun Perkenal Warna Baharu, Harga Mula RM11.8k

Honda PCX 125 dan 160 (2023) di Jepun Perkenal Warna Baharu, Harga Mula RM11.8k

February 15, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUATU masa lalu, pengguna tempatan ditawarkan Honda PCX 150, termasuk menawarkan Honda PCX Hybrid.

Honda PCX 150 generasi pertama dilancarkan pada November 2012 sebelum Honda PCX versi dipertingkat dan PCX Hybrid menyusul pada 2018.

BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?

Kedua-dua skuter itu tidak lagi ditawarkan di pasaran tempatan dan Honda PCX kini sudahpun memasuki generasi kedua yang diperkenalkan pada 2020.

Tanpa PCX, Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan Honda Forza, Honda ADV160, Honda Vario 160 dan Honda BeAT.

Di Jepun, ada dua versi Honda PCX 125 dan Honda PCX 160. Bagi model tahun ini, Honda memperkemas tawaran dengan memberikan warna baharu untuk kedua-dua skuter itu.

Honda PCX (2023)

Honda PCX Matte Suit Blue Metallic 2023.01
Honda PCX Matte Mine Brown Metallic 2023.01

Menampilkan lima warna, termasuk dua warna baharu Matte Suit Blue Metallic (biru) dan Matte Mine Brown Metallic (coklat), dengan balutan pelana hitam baharu.

Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal JK05E OHC 124cc penyejukan cecair berkuasa 12.3hp @ 8,500 rpm, dan tork 12Nm @ 6,500 rpm.

Sistem brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan cakera tunggal di belakang.

Tinggi pelana 764mm, dan kapasiti tangki minyak 8.1 liter. Harga jualan 363,000 yen (RM11,860).

Honda PCX 160 (2023)

Honda PCX 160 Matte Mine Brown Metallic 2023.02
Honda PCX 160 Poseidon Black 2023.02

Ada empat warna pilihan, Pearl Jasmine White (putih) dan Matte Dimm Gray Metallic (kelabu), termasuk warna baharu, Matte Mine Brown Metallic (coklat) dan Poseidon Black (hitam) dengan balutan pelana baharu hitam.

Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal KF47E 156cc OHC penyejukan cecair berkuasa 15.6hp @ 8,500rpm, dan tork 15Nm @ 6,500rpm.

Menggunakan sistem brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci ABS di depan, dan cakera tunggal di belakang.

Kapasiti tangki 8.1 liter, dan tinggi pelana 764mm. Harga jualan 412,500 yen (RM13,480).

BACA >>> Selepas Lancar Honda ADV160 (2023), BSH Tamatkan Pengeluaran ADV 150
BACA >>> 
#Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?

Honda PCX 125 Jepun (2023)
Honda PCX Matte Mine Brown Metallic 2023.01
Honda PCX Pearl Jasmine White 2023.01
Honda PCX Poseidon Black 2023.01
Honda PCX Matte Suit Blue Metallic 2023.01
Honda PCX Matte Suit Blue Metallic 2023.02
Honda PCX 160 Jepun (2023)
Honda PCX 160 Matte Dimm Gray Metallic 2023.02
Honda PCX 160 Pearl Jasmine White 2023.02
Honda PCX 160 Poseidon Black 2023.02
Honda PCX 160 Matte Mine Brown Metallic 2023.02
Honda PCX 160 Matte Mine Brown Metallic 2023.03

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda PCX, Honda PCX 125, Honda PCX 125 2023, Honda PCX 160, Honda PCX 160 2023, Honda PCX 160 Jepun 2023, Honda PCX 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev