• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 86Re:PROJECT - Program Khas Toyota untuk Baik Pulih Toyota 86!

86Re:PROJECT - Program Khas Toyota untuk Baik Pulih Toyota 86!

March 2, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SATU inisiatif baik apabila Toyota mewujudkan program 86Re:PROJECT khusus pelanggan di Jepun untuk membaik pulih model 86 generasi pertama (ZN6).

Biasanya pengeluar membaik pulih model klasik, tetapi Toyota memberi perhatian untuk 86 yang boleh dianggap baru di pasaran.

BACA >>>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)


Walaupun begitu, Toyota 86 sebenarnya sudah berusia sedekad selepas dikeluarkan pada 2012. Generasi kedua, Toyota GR86 (ZN8) dikeluarkan pada 2021.

Dengan usia sedekad, memang wajar pemilik memeriksa dan menggantikan perkakasan diperlukan dan lebih menarik, dilakukan Toyota sendiri.

Program 86Re:PROJECT

  • Khusus pasaran Jepun bagi pemilik membawa Toyota 86 ke bengkel pengedar untuk pemeriksaan, penggantian perkakasan dan penalaan.
  • Selepas perkakasan perlu diganti diperiksa atau menemui perkara tidak normal, staf pakar akan mencadangkan pemilik tentang penyelenggaraan diperlukan.
  • Cadangan dibuat berdasarkan menu Engine Refresh Course, Rubber Mount Replacement Course dan khidmat lain mengikut kondisi kereta.
  • Turut ditawarkan 86Re:Certification Course dengan kereta diperiksa menggunakan alat penguji canggih Toyota dan laluan khas.
  • Selepas itu, pelanggan diberi rekod teknikal terperinci dan sijil 86 Re:Certification.

Inisiatif ini dilancarkan di GR Garage Fukuroi, Shizuoka pada Oktober 2022 dan akan dikembangkan ke semua GR Garage di Jepun menjelang hujung 2023.

BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!
BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Toyota 86 (ZN6) (2012)

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 86Re:PROJECT, Auto Terkini, Roda4, Toyota, Toyota 86, Toyota 86Re:PROJECT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my