• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Grand Filano Hybrid Connected (2023) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.6k

Yamaha Grand Filano Hybrid Connected (2023) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.6k

January 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SATU lagi skuter hibrid dibawa masuk ke Indonesia, iaitu Yamaha Grand Filano Hybrid Connected (2023) yang baru saja dilancarkan pada harga bermula Rp27 juta (RM7,630).

Skuter dibawa masuk itu ialah model kemas kini Grand Filano di Thailand, tahun lalu. Ini juga skuter hibrid kedua Yamaha bawah kategori Classy Yamaha di republik tersebut selepas Yamaha Fazzio Hybrid Connected diperkenal tahun lalu.

BACA >>> Yamaha Grand Filano Hybrid Lancar di Thailand - 62k Baht (RM7.5k) Sahaja

Berikut perincian Yamaha Grand Filano Hybrid Connected (2023) di Indonesia:

Trenkuasa

  • Skuter hibrid ini dijana enjin Bluecore 4-lejang 2-injap silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.2hp @ 6,500rpm dan tork 10.4Nm @ 5,000rpm.
  • Transmisi automatik sentrifugal pacuan tali sawat dengan klac kering.
  • Menggunakan sistem bantuan mula kuasa elektrik Electric Power Assist Start (EPAS) untuk pecutan awal lebih padu, terutama ketika mendaki atau membawa penumpang.

Ciri Lain

  • Skuter Yamaha pertama menggunakan panel meter TFT dengan paparan odometer, spidometer digital dan indikator Power Assist.
  • Lampu LED untuk lampu depan (bentuk berlian), lampu signal belok, dan lampu belakang.
  • Dilengkapi ciri kunci pintar Smart Key System, butang tekan mula One Push Start dan  sistem mula-henti Start/Stop.
  • Menyedikan konektiviti telefon pintar Y-Connect untuk notifikasi lokasi motosikal, mesej, memantau penggunaan bahan api, servis disyorkan dan peringatan kerosakan.
  • Ruang simpanan bawah pelana 27 liter.
  • Tayar tiubles lebih lebar 110/70 depan dan belakang dengan rim 12 inci.
  • Soket kuasa elektrik 12V
  • Kapasiti tangki petrol 4.4 liter.
  • Fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera di depan dan brek dram di belakang.

Warna

  • LUX
    • LUX White Pearl (putih)
    • LUX Matte Blue (biru)
  • NEO
    • NEO Dull Blue (biru kusam)
    • NEO Red (merah)
    • NEO Beige (kuning air)
    • NEO Black (hitam)

Harga

  • Yamaha Grand Filano Hybrid-Connected LUX - Rp 27.5 juta (RM7,770)
  • Yamaha Grand Filano Hybrid-Connected NEO - Rp 27 juta (RM7,630)

BACA >>> Paling Panas 2021! Satu Unit Yamaha 135LC Kena Curi Setiap Hari
BACA >>> Monster Energy Yamaha MotoGP Perkenal Liveri Yamaha YZR-M1 Musim 2023

yamaha-grand-filano-hybrid-connected-4
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-5
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-6
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-7
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-8
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-9
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-10
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-11
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-12
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-13
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-14
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-15
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-16
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-17
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-19
yamaha-grand-filano-hybrid-connected-18
Yamaha Grand Filano Hybrid-Connected LUX 2
Yamaha Grand Filano Hybrid-Connected LUX_
Yamaha Grand Filano Hybrid-Connected LUX 3
Yamaha Grand Filano Hybrid-Connected LUX 4

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bluecore, Classy Yamaha, hybrid connected, Indonesia, roda2, Skuter Hibrid, Y-Connect, Yamaha, Yamaha Grand Filano Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev