• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Treler Bawa Kereta Baharu Perodua Berlanggar di NKVE, Sebuah King Terbalik

Dua Treler Bawa Kereta Baharu Perodua Berlanggar di NKVE, Sebuah King Terbalik

January 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA treler yang membawa kereta baharu Perodua saling bertembung hingga menyebabkan salah satu Myvi yang dibawa terjatuh dan terbalik di tepi jalan, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid mengesahkan laporan kemalangan diterima jam 2.27 petang di KM21.3 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah Selatan.

Siasatan mendapati pada jam lebih kurang 1.52 petang semalam (26 Januari), treler dengan muatan kenderaan baharu Perodua sedang dalam perjalanan dari premis Perodua cawangan Rawang menuju ke Klang dalam kelajuan perlahan di lorong kiri lebuh raya itu.

Bagaimanapun, treler tersebut tiba-tiba dilanggar sebuah lagi treler dari belakang yang turut membawa muatan pelbagai jenis model Perodua. Treler yang melanggar itu juga dalam perjalanan menuju ke destinasi sama.

Kemalangan itu telah membuatkan kereta baharu yang dibawa kedua-dua treler tersebut rosak, termasuk sebuah Myvi terbalik.

Mohamad Fakhruddin berkata, pemandu treler pula mengalami kecederaan ringan di kepala, dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat.

Menurutnya, polis memulakan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin B. Awang di talian 013-9003499 untuk membantu siasatan.

BACA >>> Terkini Perodua Axia (2023)! Ada 4 Varian, Semua CVT, Tiada lagi Transmisi Manual?
BACA >>> Isu Penapis Minyak Bocor Banyak Kali, Pemilik Kongsi Video Mohon Perhatian Perodua

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, Auto Terkini, IPD Petaling Jaya, kemalangan, kesesakan jalan raya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), lori, Myvi, Perodua, treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev