MENTERI Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi mendakwa siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengenai kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) melibatkan Toyota Innova dan Toyota Veloz yang dikatakan berpunca daripada kekeliruan pemandu dengan pertindihan dua garis jalan berbeza.
Laporan diterima Kementerian Kerja Raya (KKR) berdasarkan siasatan awal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menyatakan:
BACA >>> Lori Terbabas di Lebuhraya NKVE, Pemandu Positif Dadah Metamfetamin
- DASH sudah mengenal pasti kawasan perlu ditambah baik melalui proses penghitaman (blackening) sejak sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
- DASH sudah memulakan proses blackening bermula malam Rabu (kelmarin) dan akan meneliti keseluruhan kadar blackening diperlukan.
- Proses blackening dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga malam.
- LLM, PLUS dan DASH juga akan menilai semula keadaan di PLUS NKVE, terutama garis jalan kuning dan putih supaya lebih teratur dan jelas serta selamat dilalui pengguna.
Alexander menegaskan, isu itu perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya. Pada masa sama, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana keselamatan adalah tanggungjawab semua.
SUMBER: FacebookAlexNantaLinggi
Leave a Reply