• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!

Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!

March 1, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BUKAN pelik apabila pengasas menggunakan kereta buatan syarikat sendiri. Apa menarik adalah spesifikasi kereta digunakan itu yang mungkin mempunyai ciri khas.

Misalnya Lotus Elan +2 S130/5 (1972) yang digunakan pengasas Lotus, Anthony Colin Bruce Chapman. Jika berminat, anda boleh memiliki model ini menerusi bidaan rumah lelongan Silverstone Auction di Britain.

BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!
BACA >>> #Spyshot: Lotus Uji SUV Elektrik Setanding Urus, DBX707 di China

colin-chapman-1
lotus-car-logo

Colin Chapman ialah individu hebat yang mengasaskan Lotus Sports Car Company pada 1952. Beliau terkenal dengan falsafah meringankan kereta untuk mendapatkan kelajuan selain pengendalian terbaik.

Antara 1962 dan 1978, Lotus Team memenangi tujuh Kejuaraan Formula Satu (F1) kategori pengeluar, enam kategori pemandu, dan Indianapolis 500 di Amerika Syarikat (AS).

Dengan latar belakang sebegitu, pasti kereta yang digunakan juga hebat.

Lotus Elan Plus 2S

lotus-elan-2-plus-2
lotus-elan-2-plus-1

Elan Plus 2 ialah model penting Lotus apabila dilancarkan pada 1967. Model ini direka Ron Hickman susulan kepada Elan yang dilancarkan pada 1965.

Ini ialah model Lotus yang direka dengan ciri mewah dengan mensasarkan ketua famili muda untuk beralih dari Jaguar kepada Lotus buat kali pertama.

Model ini dilengkapi kemasan kayu walnut, kulit, meter, suis dan ruang dalaman luas yang diperlukan eksekutif muda berjaya dan keluarga mereka.

Ini juga model Lotus pertama tidak boleh dipasang sendiri. Walaupun lebih besar, Elin Plus 2 kekal dengan prinsip ringkas dan ringan (simplify and add lightness) yang dibangunkan daripada casis tetulang belakang Elan yang dipanjangkan dan dilebarkan.

Lotus Elan Plus 2S 130/5 Milik Colin Chapman

Model ini dikeluarkan Lotus Cars pada September 1972, dan diserahkan kepada Jabatan Jualan pada 9 Oktober 1972 untuk kegunaan peribadi Chapman.

Kereta ini menggunakan nombor pendaftaran JAH 567L dan nombor casis 72090886L serta dalam warna Tawny (coklat muda dan coklat jingga), bumbung perak dan dalaman Oatmeal Vinyl. Unit kedua juga dalam skema warna sebegitu.

lotue-elan-colin-chapman-3
lotue-elan-colin-chapman-10

Colin memandu model ini dengan kira-kira 10,600km hingga diberi model baharu lain. Kemudian, model tersebut dihantar ke Muzium Lotus untuk jangka masa lama sebelum dilepaskan daripada pemilikan Lotus.

Lotus Elan Plus 2S 130/5 (1972)  itu kini masih dalam pemilikan peribadi dan kekal dalam kondisi asal seperti tayar Dunlop SP dengan perbatuan hanya 11,136km.

Silverstone Auctions menjangka unit ditawarkan sempena acara Race Retro itu dilelong dalam julat harga £60,000 (RM314,400) hingga £70,000 (RM366,800).

Selain unit tersebut, ada tujuh lagi Elan dalam senarai The Piddington Lotus Collection yang dihimpunkan mantan jurutera Cosworth, Deryck Norville untuk bidaan dengan memiliki sejarah tersendiri.

BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!
BACA >>> Lotus Buka Program Lawatan Kilang kepada Umum, Serendah RM530

Lotus Elan +2 S130 5.01
Lotus Elan +2 S130 5.02
Lotus Elan +2 S130 5.03
lotue-elan-colin-chapman-15
lotue-elan-colin-chapman-14
lotue-elan-colin-chapman-13
lotue-elan-colin-chapman-12
lotue-elan-colin-chapman-11
lotue-elan-colin-chapman-10
lotue-elan-colin-chapman-9
lotue-elan-colin-chapman-8
lotue-elan-colin-chapman-7
lotue-elan-colin-chapman-6
lotue-elan-colin-chapman-5
lotue-elan-colin-chapman-4
lotue-elan-colin-chapman-3
lotue-elan-colin-chapman-2
lotue-elan-colin-chapman-1

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anthony Colin Bruce Chapman, Auto Terkini, Colin Chapman, Lotus, Lotus Elan, Roda4, Silverstone Auction

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev