NEGARA kita kini sudah menghampiri musim panas, dan cuaca agak kering. Bagi menyejukkan badan, kita biasanya akan minum air sejuk. Jika mahu lebih lagi, kita pesan pula aiskrim atau air batu campur - ABC. Boleh juga layan laicikang, cendol atau air Katira atau.... Mmm, dahaga pula tekak ini.
Bercerita tentang menyejukkan benda panas, tahukah anda bagaimana enjin kereta yang panas itu disejukkan? Jawapannya, mungkin sudah diketahui mereka yang arif, tetapi jika kurang faham, enjin kereta disejukkan sistem radiator.
Komponen itu terletak di sebalik bampar dan semua kereta (kecuali kereta klasik) tidak kira sama ada berharga puluhan ribu atau jutaan ringgit mempunyai radiator sendiri untuk menyejukkan enjin. Komponen penyejukan enjin pula terdiri daripada beberapa sub komponen seperti kipas, pam air, termostat dan bahan paling utama - air.
LAKUKAN BILA-BILA MASA
Kereta masih tiada apa-apa kalau tiada minyak, tetapi jika tangki radiator kosong, kereta anda boleh rosak teruk dengan menelan kos baik pulih yang tinggi. Jadi, apabila terdengar perbualan supaya 'check air' antara tuan kereta dan mekanik, itu bermaksud mekanik disuruh supaya memeriksa paras atau keadaan air dalam tangki simpanan kecil warna putih, atau dalam takungan radiator.
Mahu nampak lebih advanced, ada pula minta check coolant (penyejuk), merujuk kepada cecair berwarna yang dimasukkan bersama air ke dalam radiator supaya penyejukan enjin lebih cekap.
Tugas memeriksa air atau coolant (bendalir penyejuk) boleh dilakukan sendiri (DIY) pada bila-bila masa, terutama jika sudah lama tidak diperiksa. Bagi mereka yang berminat buat sendiri, kami bawakan kepada anda 14 langkah DIY mudah tentang bagaimana menukar cecair coolant enjin.
Semua langkah-langkah di bawah ini dikongsikan Mohd Farhan Alias yang sebelum ini pernah berkongsi 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM dengan pembaca semua.
DIY TUKAR CECAIR COOLANT
Apabila ada masa lapang, cuba periksa kondisi cecair coolant yang boleh berubah warna asal (merah, hijau, biru) dan jadi lebih cair. Jika itu berlaku, anda disarankan supaya mencuci keluar (flushing) cecair itu. Proses berkenaan boleh dianggap sebagai antara usaha penyenggaraan awal atau preventive maintenance.
Sebagai makluman, penggunaan cecair coolant yang baik dapat memanjangkan jangka hayat enjin anda. Berikut ialah 14 langkah DIY mudah tentang bagaimana menukar cecair coolant enjin:
man tompok says
terima kasih..
Lampam says
Step 9 hidupkan enjin.
Tak perlu matikan semula?
abang waja says
Rasanya lepas dah setel bersihkan radiator boleh matikan enjin balik. Then tutup pili air. Ikut common sense je ni
Somad says
Good info. Jelas dan bergambar mudah untuk DIY. Kalau ada yang lain cara servis apa2 pun elok juga tuan kongsi di sini.
Azhar says
Saga flx perlukan berapa liter coolant? Cth sy nk pakai coolant toyota tu, mmg perlu cmpurkn dgn nisbah air atau x perlu? Terime kasih.
alfaizal says
masukkan sebotol hbis lepas tu topup air batery..air batery air suling semula jadi..air bersih tanpa chemical tambhan
zac adli says
masukkan sebotol coolant , lepas tu topup distilled water sampai penuh? betul ke mcm ni? radiator saga flx ni berapa jumlah liter untuk penuh?
din says
berapa liter coolant harus digunakan utk m.pv yg cc n ya 2000 keatas?.saya pakai utk innova sebanyak 2 lt,
Jaafar says
Terima kasih.sangat bermanfaat
Adam says
Agak2 berape liter coolant utk Satu kete?
alfaizal says
sebotol je bang
pendekar-laut says
cara ni x complete & ade risiko temperature akan naik turun (x stabil).. klo da bkk skru butterfly bwh radiator tu, kene buat bleeding.. utk buang angin/udara dlm hos..
alfaizal says
tau xpe..kena buat bleading air dulu..mgkin admin lupa kot...hahaha
usen says
mcm mana cara nk buat bleading tu ye??
alfaizal says
klu rajin masa nk isi air dgn coolant tu..buat la bleading air dulu..keluarkan angin2 dlam radiator..bukan susah mana pun..start engine smpai engine panas kipas pusing 2,3kali...air akan kurang pastu tunggu angin keluar pastu topup lagi...
amir says
nak tanya klau air coolent saya diisi dan surut dgn serta merta apa punca dia. adakah sebab kebocoran.
wan says
apabila kurang Air coolant dlm kotak simpanan tu,boleh x isi shj coolant?
Zuhairi says
Coolant tu di isi tempat tangki air spair atau dlm radiator
Bob says
Klau saya letak air shaja dalam coolant tu boleh ke?