• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Ada Lesen, Mat Motor Menangis Minta Jangan Sita Vario

Tak Ada Lesen, Mat Motor Menangis Minta Jangan Sita Vario

January 26, 2023 By Aryon Leave a Comment

474
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG remaja berusia 19 tahun di Pulau Pinang menangis dan merayu kepada anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak menyita skuter Honda Vario miliknya yang baru saja dibeli atas kesalahan tiada lesen memandu.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, suspek remaja itu bekerja di premis peminjam wang berlesen dan baru saja membeli motosikal tersebut dua bulan lalu dengan bayaran ansuran RM480 sebulan.

BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?
BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?

OPS Merah JPJ - 5
logo-jpj

Menurut suspek, skuter itu kemudian dibawa pulang ahli keluarganya.

Operasi sekatan jalan raya (SJR) dilakukan JPJ dibuat selepas Palaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau, baru-baru ini yang turut membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri dan Jabatan Imigresen.

Operasi itu turut menahan dua lelaki warga Indonesia dan Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri sah, termasuk menahan 10 lelaki berusia 20-an hingga 30-an kerana positif dadah metamfetamin dan ganja.

Menurut Adenan berkata, 2,043 motosikal diperiksa sepanjang empat hari operasi di  lorong motosikal di dua lagi lokasi, iaitu Plaza Tol Juru Arah Utara dan Plaza Tol Sungai Dua Selatan dengan 301 kenderaan diambil tindakan membabitkan 473 kesalahan.

Kebanyakan kesalahan dilakukan adalah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan JPJ.

"Kita mendapati kesalahan tiada lesen memandu sangat tinggi mencecah 100 kes dan ini menunjukkan kesedaran penunggang motosikal berhubung perkara itu masih berada pada tahap rendah," katanya.

BACA >>> Keranamu JPJ, Lelaki Pecut Tinggalkan Tunang Jatuh Motor
BACA >>> Ops Bas Pekerja: JPJ Sita 7 Van Kilang, Termasuk Status Lupus

Related

474
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda Vario, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mat Motor Menangis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev