INDONESIA menjadi antara pasaran terawal Asean menyambut ketibaan Kawasaki Ninja H2 edisi 2023. Model hyperbike itu dijual pada harga Rp860 juta (RM244,225).
Sebelum ini, Kawasaki Indonesia menawarkan Ninja H2 (2022) dengan harga atas jalan Rp830 juta (RM235,710).
Semasa Ninja H2 diperkenalkan di Indonesia pada 2015, model dengan enjin supercas 4-silinder 998cc itu menawarkan kuasa 200hp hingga 210hp (menggunakan ram udara).
Model edisi 2023 pula mampu menghasilkan 239.6hp @ 11,500rpm dan tork 141.7Nm @ 11,000rpm. Jelas ada kenaikan output signifikan berbanding model pertama Ninja H2 yang dilancarkan ke pasaran dunia pada 2014.
Jika dibandingkan model satu liter jenama sama, Kawasaki Ninja ZX-10R lebih murah, berharga Rp550 juta (RM156,190), dengan perbezaan harga kira-kira Rp300 juta (RM85,195) berbanding Ninja H2.
BACA >>> Kawasaki Cipta Robot Kambing Liar, Boleh Tunggang, Bawa Muatan 100kg!
Bagaimanapun, Ninja ZX-10R tidak mampu menandingi Ninja H2 kerana trenkuasa hyperbike itu menawarkan 210hp dengan tork 114.9Nm. Dari aspek fizikal, kedua-dua motosikal memiliki saiz hampir sama dengan perbezaan tidak lebih 3sm.
Bagaimanapun, Ninja H2 memiliki 31kg lebih berat berbanding Ninja ZX-10R. Ninja H2 memiliki berat kasar 238kg, manakala ZX-10R cuma 207kg.
BACA >>> Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?
BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Z125 Pro Tukar Jadi H2 Mini
BACA >>> Tamiya Tambah Koleksi Miniatur Kawasaki Ninja H2, Bakal Perkenal H2 CARBON
BACA >>> Helikopter Kawasaki K-RACER Guna Enjin Supercas Ninja H2R
SUMBER: Kompas
Zul says
Boleh tahan keras dia punya harga