Menurut The Edge,subsidi bahan api bersasar bakal diperkenal dan dimasukkan dalam semakan semula Bajet 2023 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari depan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mendedahkan Kementerian berkaitan sudah diberi masa meneroka kesan jika subsidi bersasar itu dilaksanakan.
BACA >>> Harga Minyak Tanpa Subsidi Turun, Minyak Subsidi Kekal di Indonesia, Malaysia Masih Murah!
Sementara itu, Ketua Ekonomi Kumpulan dan Ketua Kajian Pasaran Kewangan RHB Research, Sailesh K Jha dipetik The Edge berkata, Malaysia diramal mengekalkan kitaran perniagaan kukuh yang menyaksikan penurunan inflasi indeks harga pengguna teras (CPI) pada penggal pertama tahun ini.
Selain itu, harga komoditi pula dijangka stabil apabila ekonomi global semakin perlahan. Beliau berkata;
Pandangan kami adalah pembukaan semula China tidak mungkin memberi kesan ketara kepada aktiviti ekonomi dunia dan pertumbuhan global pada 1H2023 (penggal pertama 2023), jadi ini masa sesuai untuk pengumuman pengurangan subsidi bahan api pada 24 Februari."
Dalam satu lagi nota kewangan, RHB Research mengekalkan pandangan kadar dasar semalaman (OPR) dijangka memuncak antara 3.0-3.5 peratus pada 2023, dengan baki risiko 3.0-3.25 peratus.
Ketidakpastian sekitar ramalan OPR kami berpunca daripada masa, kuantum dan skop pelarasan harga bahan api disasarkan," katanya.
Subsidi bersasar bahan api sudah beberapa kali dibangkitkan, tetapi adakah benar dilaksanakan tahun ini masih menjadi persoalan.
BACA >>> Menteri: Subsidi Petrol Ikut Sesaran Enjin Tidak Sesuai, Akan Guna Data JPJ, LHDN dan BNM
BACA >>> #Bajet2023: Subsidi Untuk Galak Rakyat Malaysia Guna Pengangkutan Awam
SUMBER: TheEdge
Leave a Reply