• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM UK Kena Saman Tidak Pakai Tali Keledar Belakang

PM UK Kena Saman Tidak Pakai Tali Keledar Belakang

January 26, 2023 By Sharil Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERDANA Menteri (PM) Britain, Rishi Sunak didenda kerana tidak memakai tali keledar dalam kereta yang sedang bergerak ketika merakam video media sosial.

Polis Lancashire mendakwa sudah memberikan tawaran atau penalti tetap kepada PM berusia 42 tahun dari London itu.

Menurut laporan BBC,  Sunak menerima sepenuhnya kesilapan tersebut dan meminta maaf serta akan membayar denda tersebut.

Di Britain, penumpang kenderaan yang ditangkap gagal memakai tali keledar boleh didenda £100 (RM530), dan boleh meningkat kepada £500 (RM2,630) jika dibawa ke mahkamah.

Video dirakam di Lancashire, barat laut England ketika Sunak dalam perjalanan merentasi utara England. Video itu bertujuan mempromosikan pusingan terbaharu bajet Kerajaan yang disiarkan di akaun Instagram Sunak.

Ini kali kedua Sunak menerima notis penalti tetap ketika dalam Kerajaan. Pada April tahun lalu, beliau didenda bersama Ahli Parlimen, Boris Johnson dan isterinya Carrie kerana melanggar perintah berkurung Covid-19 dengan menghadiri majlis hari jadi Johnson di Downing Street pada Jun 2020.

Di Malaysia, bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali keledar untuk penumpang belakang sudah dikuat kuasa melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).

Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali keledar (depan atau belakang) akan disaman dengan penalti denda tidak lebih RM2,000, atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

BACA >>> PM: Setiap Negeri Akan Ada Satu Litar Lumba Drag
BACA >>> Polis: Konvoi PM Sampai Dulu Sebelum Ambulans

SUMBER: BBC

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: BBC, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008)., PM UK, Rishi Sunak, tali pinggang keledar, United Kingdom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev