• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terkini Perodua Axia (2023)! Ada 4 Varian, Semua CVT, Tiada lagi Transmisi Manual?

Terkini Perodua Axia (2023)! Ada 4 Varian, Semua CVT, Tiada lagi Transmisi Manual?

January 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AKAUN TikTok @promosiprotonperodua memuat naik satu klip video sekeping dokumen yang mengandungi maklumat tentang Perodua Axia (D74A) edisi 2023 yang bakal dilancarkan bulan depan. Bagaimanapun, akaun TikTok itu nampaknya sudah 'ghaib'.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Pandulaju-Perodua-Axia-2023.mp4

Klip video 21 saat itu mendedahkan maklumat empat varian D74A dengan singkatan CVT yang menandakan Perodua mungkin tidak menawarkan transmisi manual untuk kereta kompak tersebut. Empat varian itu ialah:

  • 1000 G CVT
  • 1000 X CVT
  • 1000 SE CVT
  • 1000 AV CVT

Selain varian yang bakal diperkenalkan, dokumen itu juga memaparkan lima pilihan warna Perodua Axia (2023):

  • Ivory White (putih)
  • Glittering Silver (perak)
  • Granite Grey (kelabu)
  • Lava Red (merah)
  • Coral Blue (biru), warna baharu

Warna Coral Blue mungkin ada perbezaan dengan Perodua Myvi biru yang dinamakan Electric Blue (biru metalik).

Perodua Axia generasi pertama yang dijual sejak 2019 hingga kini ditawarkan dalam enam varian, terdiri daripada varian asas 1.0 E Manual yang berharga RM23,367 hingga 1.0 AV AT (RM41,427).

Selain itu, pembeli juga ditawarkan varian lebih rugged, iaitu 1.0 Style AT.

Di Indonesia, Axia ada dua kembar, iaitu Toyota Ayga dan Daihatsu Ayla. Khabarnya, pasaran republik itu akan menerima trenkuasa turbo menjelang Mac ini. Adakah Perodua Axia juga akan dilengkapi enjin turbo?

BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Akan Lebih Panjang, Lebar, dan Rendah
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!
BACA >>> Daihatsu Ayla, Toyota Agya (2023) Juga Lancar Bulan Depan, Sama Spesifikasi Axia Baharu?
BACA >>> Elak Parkir Dalam Lot OKU Tapi Letak Axia Atas Tanjakan, Apa Motifnya?

SUMBER: PaulTan

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hatchback segmen-A, Perodua, Perodua Axia (D74A), Perodua axia 2023, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev