• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ultraviolette F99 Diumumkan, Sportbike Elektrik untuk Kegunaan Trek

Ultraviolette F99 Diumumkan, Sportbike Elektrik untuk Kegunaan Trek

January 25, 2023 By Sharil Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR India, Ultraviolette mengumumkan motosikal elektrik baharu, F99 yang dibina khas untuk tunggangan trek.

Ini bukan motosikal elektrik pertama jenama itu kerana Ultraviolette pernah menghasilkan F77 sebelum ini. F99 boleh dianggap sebagai F77 versi baharu yang lebih padu dan lebih menumpukan kegunaan trek.

Sebagai perbandingan, F99 mempunyai dua kali ganda kuasa berbanding F77, iaitu 50kw yang menyamai 65hp dengan kelajuan maksimum lebih 200kmj.

Ultraviolette F77

Bagaimanapun, pengeluar itu tidak memperincikan kapasiti bateri, pilihan pengecas, jumlah tork maksimum dan berat sportbike elektrik tersebut.

Casis F99 dan bahagian lain seperti tayar boleh dikatakan sama seperti F77. Sistem brek pula menggunakan brek cakera hidraulik dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch dwi-saluran pada brek depan dan belakang.

Kaliper brek depan jenis radial 4-piston tetap, manakala brek belakang jenis apung dengan kaliper piston tunggal.

Ultraviolette F77

Data terperinci F99 masih belum didedahkan. Sebagai perbandingan,  F77 menghasilkan tork 100Nm dan dikuasakan bateri berkapasiti 10.3kWj. Versi standard F77 mampu bergerak sejauh 176km, manakala berat keseluruhan 207kg.

Bagaimanapun, F99 adalah versi trek dengan berat mungkin lebih ringan menerusi penggunaan panel karbon. Jarak tunggangan pula mungkin berkurangan kerana prestasi puncak lebih tinggi untuk kegunaan trek.

Harga model itu belum didedahkan.

BACA >>> Tempahan Ultraviolette F77 Dibuka di India, Sportbike EV Serendah RM17k Sahaja!
BACA >>> Honda Tayang Motosikal Elektrik Baharu Januari Depan

SUMBER: VisorDown

Related

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EV, Kelebihan motosikal elektrik, motosikal elektrik, roda2, Sportbike EV, trek, Ultraviolette F77, Ultraviolette F99

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev