• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda N-BOX Jadi Kereta Terlaris Jepun, Jualan Lebih 202k Unit Sepanjang 2022!

Honda N-BOX Jadi Kereta Terlaris Jepun, Jualan Lebih 202k Unit Sepanjang 2022!

February 8, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADAKAH anda pernah terserempak kereta berkotak dengan bumbung tinggi berlogo H di atas jalan? Kepada yang belum tahu, itulah Honda N-BOX yang diimport dari Jepun.

Sudah beberapa tahun Honda N-BOX dibawa masuk ke Malaysia dan semakin popular kebelakangan ini.

BACA >>> Honda N-BOX, Model Paling Laris Jepun Januari-Jun 2022!
BACA >>> Honda Step WGN Versi Camper Debut di Jepun, Harga Mula RM116k!

Di Jepun memang banyak kereta kecil atau keicar, dan N-BOX ialah model terlaris di sana untuk satu tempoh lama. Bukan saja dalam segmen keicar, tetapi juga keseluruhan jualan kereta di sana.

Pada 2022, Honda N-BOX sekali lagi mengungguli ranking keicar dengan jualan keseluruhan 202,197 unit!

Honda N-BOX sebenarnya berada di kedudukan kedua dalam jualan keseluruhan 2021 selepas dipintas Toyota Yaris sebelum bangkit semula pada 2022.

Bagi segmen keicar, Honda N-BOX sudahpun berada di kedudukan teratas selama lapan tahun berturut-turut! Berikut fakta mengenai model keicar itu:

  • Generasi pertama dilancarkan pada Disember 2011.
  • Jualan 2011 berjumlah 2,860 unit, berada di kedudukan ke-45 dalam segmen kei car dan ke-165 dalam keseluruhan jualan kereta di Jepun.
  • Melonjak ke tempat kedua segmen keicar pada 2012 dengan jualan 211,155 unit dan tempat kedua keseluruhan jualan kereta.
  • Menjadi model terlaris bagi segmen keicar (tahun fiskal 2013), dan tempat ketiga keseluruhan jualan kereta 2013.
  • Honda N-BOX generasi kedua dilancarkan pada September 2017.
  • Model keicar dan kereta terlaris 2017-2021.
  • Model keicar terlaris 2015-2022.
  • Model keicar dan kereta terlaris pada 2022 dengan jualan 202,197 unit.
  • Jualan keseluruhan 2011-2022 berjumlah 2,301,195 unit.

Jika berkenan, Honda N-BOX ditawarkan pada harga RM80,000 ke atas mengikut tahun dan spesifikasi.

BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> Tidak Perlu Susah Payah, Honda Accord Touring (2023) Siap Ada OS Google!

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda N-BOX, Kei car, Keicar, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV Keicar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my