HYUNDAI-Sime Darby Motors melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh, Hyundai Palisade (2023) versi kemas kini pada bahagian luaran, dalaman dan ciri keselamatan pada harga bemula RM368,888.
Ada empat varian ditawarkan dalam dua pilihan enjin:
- Hyundai Palisade Executive 8 -kerusi (2.2L diesel): RM368,888
- Hyundai Palisade Luxury 7-kerusi (2.2L diesel): RM389,888
- Hyundai Palisade Executive 8-kerusi (3.8L petrol): RM378,888
- Hyundai Palisade Luxury 7-kerusi (3.8L petrol): RM399,888
BACA >>> SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!
BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Diperkenal di AS, Model Facelift yang Nampak Macam Baharu!
Tiada perubahan pada kedua-dua enjin ditawarkan iaitu:
- Enjin 4-silinder R2.2L CRDI turbo diesel berkuasa 198hp (200ps) @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750-2,750rpm
- Enjin aspirasi natural (NA) 3.8L petrol Lambda II GDI V6 berkuasa 293hp (295ps) @ 6,000rpm dan tork 355Nm @ 5,200rpm.
- Kedua-dua enjin dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
- Hanya varian diesel sahaja mendapat sistem pacuan semua roda (AWD), manakala varian petrol dalam pacuan roda depan (FWD).
Berikut perincian baharu Hyundai Palisade (2023):
Rekabentuk
- Gril radiator baharu berbentuk menegak
- Lampu signal gelap seakan bersambung dengan gril
- Kombinasi lampu LED depan direka semula
- Plat skid dan bampar depan dan belakang baharu
- Kombinasi lampu belakang baharu
- Reflektor belakang
- Rim aloi 20 inci baharu
- Bahagian anjur (overhang) depan dipanjangkan 20mm dan belakang dikurangkan 5mm
Interior
- Stereng baharu seperti Hyundai Sonata
- Unit infotainmen AVN 12.3 inci dengan konektivit AppleCarPlay dan Android Auto.
- Cermin pandang belakang elektrokromik tanpa bingkai
- Corong penyaman udara lebih kecil
- Butang kawalan konsol tengah hitam
Warna
- Creamy White Pearl (putih)
- Graphite Gray Metallic (kelabu)
- Shimmering Silver Metallic (perak)
- Moonlight Blue Pearl (biru)
- Abyss Black Pearl (hitam)
- Gaia Brown Pearl (coklat)
Warna Dalaman
- Black (hitam)
- Burgundy (merah hati)
- Grey (kelabu)
Ciri lain
- Mod pemanduan: Comfort, Eco, Sport, dan Smart
- Sistem kawalan traksi semua roda Hyundai Traction All Wheel Drive (HTRAC) untuk varian diesel
- Mod off-road: Snow, Mud dan Sand
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
- Dua port USB-C di tempat duduk baris kedua dan dua lagi di baris ketiga
Waranti
Hyundai Palisade (2023) didatangkan dengan waranti dua tahun atau 50,000km (mana satu tiba dahulu). Lanjutan pilihan waranti lima tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu), dan 3 tahun servis percuma bernilai RM11,000 untuk varian petrol dan RM12,000 (diesel).
BACA >>> Mazda CX-8 Lancar di Malaysia dengan Enjin Petrol dan Diesel, Tempahan Kini Dibuka
BACA >>> Hyundai IONIQ 5 (2023) Diperkenal untuk Pasaran Eropah dengan Lapan Varian
Leave a Reply