• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Motosikal Diparkir di Laluan Pejalan Kaki Hospital Sultanah Bahiyah

Tiada Lagi Motosikal Diparkir di Laluan Pejalan Kaki Hospital Sultanah Bahiyah

January 19, 2023 By Sharil Leave a Comment

852
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TIADA lagi motosikal diletakkan di laluan pejalan kaki Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah selepas tular foto menunjukkan laluan seorang pengguna kerusi roda terhalang akibat deretan motosikal yang diparkir di kedua-dua sisi laluan berkenaan.

Berdasarkan gambar disiarkan, sepanjang laluan itu sering menjadi tempat letak motosikal secara haram, tetapi kini diletakkan pita larangan untuk menghalang motosikal diparkir di situ.

BACA >>> Tuan Kedai ‘Cop Parkir', Bayar Tak Reti di JB Boleh Kena Kompaun RM500

Sehari sebelum, pengguna Facebook Faizul Pajali berkongsi gambar seorang warga emas berkerusi roda terpaksa bangun dari kerusi rodanya untuk melepasi laluan sempit berkenaan.

Isu laluan pejalan kaki dihalang kenderaan yang diletakkan sesuka hati itu bukan isu baharu kerana turut terjadi di tempat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya dan perumahan.

Tidak dinafikan saiz kecil motosikal memudahkan kenderaan itu diparkir di mana-mana saja, tetapi janganlah sampai mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Jadilah penunggang bijak.

BACA >>> Aktres Elvina Geram Parkir Kena Cop
BACA >>> Video Ativa Laju Rempuh Axia Tuan Rumah Diparkir Depan Pagar

SUMBER: Facebook

Related

852
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alor Setar Kedah, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), laluan kerusi roda, laluan pejalan kaki, motosikal, tempat letak motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my