POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tersebut sejak Jumaat lalu.
Polis menerima laporan kehilangan Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang beralamat di Bilik Asrama, Blok Delima, Kolej Canselor di UPM, Serdang daripada bapa mangsa pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, sebelum dilaporkan hilang, bapa mangsa mendakwa sempat menghubungi anaknya untuk bertanya khabar tetapi tidak menerima respons pada hari sama.
Beliau berkata;
Bapanya ada menghubungi Mohd Irfan pada jam 9 pagi, tetapi tiada jawapan. Pada hari sama, jam 2 petang, bapanya meminta bantuan adiknya (bapa saudara mangsa) yang menetap berhampiran UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Adik kepada bapa mangsa menghubungi rakan sebilik Mohd Irfan dan rakannya menyatakan mangsa kali terakhir dilihat ketika hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC bernombor pendaftaran RAC 5095."
Ahli keluarga masih gagal menghubungi mangsa dan Mohd Irfan dilaporkan masih belum pulang ke rumah atau bilik penginapan UPM.
BUTIRAN MANGSA
- Nama penuh: Mohd Irfan Hakimi Azhar
- Nombor kad pengenalan: 011113-10-0213
- Rambut tebal dan lurus
- Kulit cerah
- Memakai cermin mata
- Tiada kesan parut atau tatu
- Tinggi: 171sm
- Berat: 65kg
- Nombor telefon: 013-683 1710
Orang ramai yang ada maklumat mengenai kehilangan Mohd Irfan boleh hubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-617 7188 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Leave a Reply