KERETA mampu milik di Indonesia, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya, atau kembar kepada Perodua Axia di negara kita dikatakan bakal digantikan model generasi baharu untuk pasaran republik itu tidak lama lagi.
Menurut portal Kompas.com, kedua-dua model itu bakal dilancarkan secara rasmi pada Februari 2023, sama ada sebelum Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 atau pada acara pameran automotif tahunan.
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Akan Lebih Panjang, Lebar, dan Rendah
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?
Pengarah Pemasaran dan Pengarah Perancangan Korporat & Komunikasi PT Astra Daihatsu Motor (ADM), Sri Agung Handayani menyatakan tidak dapat bercakap mengenai spekulasi itu, tetapi mengesahkan pihak media akan dijemput melihat model tersebut terlebih dahulu.
Sama seperti Perodua Axia (2023), Daihatsu Ayla dan Toyota Agya serba baharu kali ini akan menerima perubahan sepenuhnya luaran dan dalaman. Model itu dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) yang mesra trenkuasa konvensional dan hijau, sama seperti digunakan model Rocky (atau Ativa di Malaysia).
Kedua-dua model kembar Perodua Axia itu dikhabarkan menerima trenkuasa sama seperti Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, iaitu enjin 3-silinder 1.2L WA-VE berkuasa 87hp dan 113Nm tork.
Penggunaan platform DNGA juga menandakan dua model segmen-A itu menggunakan transmisi automatik CVT, sama seperti kotak gear Ativa, Raize dan Rocky.
Model ini kali pertama dilancarkan di Indonesia pada 2013 bagi memenuhi segmen kereta hijau kos rendah (low cost green car, LCGC) di republik tersebut.
Berita terbaharu itu juga seiring khabar angin di Malaysia yang mengatakan Perodua Axia (2023) bakal dilancarkan bulan depan, iaitu sebelum Hari Kekasih pada 14 Februari nanti.
Sebagai perbandingan, Daihatsu Ayla generasi semasa dijual pada harga bermula Rp115.5 juta (RM33,140) hingga Rp171.3 juta (RM49,160), manakala Toyota Agya dijual pada harga Rp159.7 juta (RM45,830) hingga Rp181.5 juta (RM52,080).
Di Malaysia pula, Perodua Axia sedia ada dijual pada harga bermula RM24,090 hingga RM43,190.
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Lancar Februari Ini, Ada 5 Varian Ditawarkan?
SUMBER: Kompas
Leave a Reply