HIDROFOIL ialah teknologi atau mekanisme yang memiliki keupayaan mengapungkan kapal atau bot untuk bergerak atas air.
Candela Technology (Candela) pula syarikat teknologi dari Sweden yang mahu mempercepat pengangkutan tasik dan laut yang bebas daripada bahan api fosil.
BACA >>> Kawasaki Cipta Robot Kambing Liar, Boleh Tunggang, Bawa Muatan 100kg!
BACA >>> CEO Toyota Letak Jawatan April Ini, Petanda Toyota Bakal Fokus EV?
Sejak 2014, Candela diasaskan jurutera, Gustav Hasselskog dengan produk pertama Candela C-7 diperkenalkan pada 2019.
Bot elektrik itu mempunyai jarak perjalanan hingga 50 nautika batu dengan kelajuan 20 knot dengan pengeluaran 32 unit sahaja, dan sudahpun ditamatkan pembuatan pada 2021.
Pada 2022, Candela melancarkan model pengganti lebih besar, Candela C-8 dengan ruang duduk untuk lapan penumpang.
Pada Ogos 2022, Candela bersama sebuah lagi syarikat Sweden, Polestar memeterai perjanjian untuk pengeluar automotif itu membekalkan bateri dan teknologi bagi menjana Candela C-8.
Menariknya, Candela C-8 ‘powered by Polestar’ akan menggunakan pek bateri 69 kWj dan teknologi cas kereta Polestar 2 dengan motor tunggal dan jarak standard (Standard Range Single Motor).
Kelebihan kenderaan elektrik (EV), fungsi komponen elektrik boleh dipelbagai seperti bateri boleh guna semula untuk kediaman, pejabat dan sebagainya.
Bot Candela C-8 dijangka mampu bergerak hingga 57 nautika batu sekali cas pada kelajuan 22 knot. Keupayaan jarak itu dikatakan dua hingga tiga kali lebih jauh berbanding bot laju elektrik konvensional.
Candela C-8 menggunakan pod motor dipanggil Candela C-POD (foto atas) yang diapung menggunakan hidrofoil berpandukan komputer untuk mengangkat badan bot atas air pada kelajuan tinggi dengan mengurangkan penggunaan tenaga hingga 80 peratus berbanding motobot tradisional.
Selain pek bateri Polestar 2, Polestar turut membekalkan teknologi pengecasan pantas arus terus (DC) untuk bot tersebut.
Polestar juga berkongsi keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyepadukan teknologi dan perisian untuk kegunaan atas air atau pemindahan dari darat ke air.
Bekalan bateri dan komponen pengecasan kepada pihak ketiga adalah pertama untuk Polestar sebagai pengeluar EV, sekali gus meluaskan lagi usaha syarikat memacu mobiliti elektrik mampan yang menjangkau industri automotif.
BACA >>> Polestar 2 BST Edition 270 (2022) - Contoh EV yang Diubah Suai Secara Rasmi!
BACA >>> Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!
Leave a Reply