PASUKAN Monster Energy Yamaha MotoGP memperkenalkan skema warna serba baharu di Perjumpaan Pengedar 3S Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) 2023.
Itu juga pertemuan pengedar terbesar dunia dalam rangkaian Yamaha yang juga masa sempurna untuk tayangan perdana skema warna pasukan pengilang tersebut.
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha EZ115 (2023), Harga Mula RM5,598!
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha EZ115 (2023) Macam Kapcai E115M (2015), Betul Ke?
Selain warna baharu jentera Yamaha YZR-M1 untuk musim 2023, Monster Energy Yamaha MotoGP turut mengemas kini pit, sut lumba dan pakaian pasukan yang menampilkan gabungan warna Yamaha (dengan tambahan kelabu baharu) dan skema warna gaya hidup mencabar Monster Energy.
Grafik 'Cakaran Monster' ikonik masih kekal tertera pada jentera, logo pasukan, dan sut lumba.
Monster Energy Yamaha MotoGP turut mengumumkan mengekalkan slogan Yamaha Motor Philippines dan PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing bermula ujian pra-musim rasmi Persatuan Pasukan Lumba Jalanan Antarabangsa (IRTA) MotoGP yang diadakan pada 5-7 Februari dan 10-12 Februari depan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia, dan pada 11-12 Mac di litar Portimao, Portugal.
BACA >>> Honda HRC Guna Akrapovic Untuk MotoGP 2023, Tinggalkan SC Project
BACA >>> Triumph Belum Bersedia Ganti Suzuki dalam MotoGP, Mahu Fokus Moto2
SUMBER: Yamaha
Leave a Reply