• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR250RR (2023) Jepun Perkenal Warna Baharu, Harga RM29.2k

Honda CBR250RR (2023) Jepun Perkenal Warna Baharu, Harga RM29.2k

January 16, 2023 By Aryon Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MEMASUKI tahun baru, Honda Jepun mengemas kini penampilan Honda CBR250RR (2023) yang bakal diperkenal pada 20 Februari depan.

Ada tiga warna baharu ditawarkan, iaitu Grand Prix Red (merah-biru-putih) untuk efek sporty dan racing, Matte Ballistic Black Metallic (hitam) untuk efek tajam dan kuat, dan paling menarik Pearl Glare White (putih-kelabu) untuk efek berkualiti tinggi dan canggih.

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!
BACA >>> AHM Perkenal Honda CBR250RR (2022) dengan Ciri Dipertingkat untuk Indonesia

honda-cbr250rr-2023-japan-9
honda-cbr250rr-2023-japan-8
honda-cbr250rr-2023-japan-7

Sportbike suku liter iitu akan dijual pada harga 869,000 yen (RM29,280). Di Malaysia, Honda CBR150RR dijual pada harga RM25,999 yang kali terakhir diperkenalkan pada 2020.

Berikut spesifikasi Honda CBR250RR (2023) versi Jepun:

  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap dwi-silinder 249.7cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 40hp @ 12,500rpm, dan tork 25Nm @ 11,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan
  • Prestasi dipertingkat untuk model SP dan SP QS berkuasa 41.5hp @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Show SFF-BP di depan, dan monoshock Showa jenis boleh laras 5-tetapan prabeban di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang.
  • Rim dengan tayar 17 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).
  • Berat 168kg, tinggi pelana 790mm, kapasiti tangki minyak 14 liter dan jarak tinggi bumi 148mm.
  • Ciri elektronik diberikan ialah kawalan traksi HSTC (Honda Selectable Torque Control), panel meter digital penuh, lampu LED untuk lampu utama, temasuk lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu belakang, lampu henti kecemasaan (ESS), klac antigelincir Assists & Slipper (ASC), dan tiga mod tunggang: Sport, Sport+, dan Comfort.
honda-cbr250rr-2023-japan-1
honda-cbr250rr-2023-japan-2
honda-cbr250rr-2023-japan-3
honda-cbr250rr-2023-japan-4
honda-cbr250rr-2023-japan-5
honda-cbr250rr-2023-japan-6
honda-cbr250rr-2023-japan-10
honda-cbr250rr-2023-japan-7
honda-cbr250rr-2023-japan-8
honda-cbr250rr-2023-japan-9

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CBR250RR (2023), Honda Japan, roda2, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev