• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Trak Pikap Prestasi untuk Pasaran UK, Shelby F-150 Super Snake (2023) Ini Berkuasa 775hp!

Trak Pikap Prestasi untuk Pasaran UK, Shelby F-150 Super Snake (2023) Ini Berkuasa 775hp!

January 19, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELAIN kereta muscle, Amerika Syarikat (AS) juga terkenal dengan trak pikap saiz penuh dan berprestasi tinggi. Di sana, trak pikap begitu digilai pembeli hingga Ford F-Series menjuarai carta jualan selama 41 tahun!

Walaupun ada pelbagai model, banyak yang tidak dibawa ke luar negara atau terhad kepada negara terpilih sahaja, misalnya, Ford F-150 walaupun cukup laris di AS.

BACA >>> Ford Mustang Shelby GT500 (1967) 'Eleanor' Musnah Terbakar di Indonesia
BACA >>> Ford Mustang Shelby GT500 (2020) dengan Supercas V8 Berkuasa 700hp

Seperti biasa, tiada masalah kerana percaya atau tidak, Ford F-150 Raptor pun pernah dibawa masuk ke pasaran tempatan di bawah nama Sutton CS 3500. Lebih menarik trak pikap itu menggunakan pemanduan sebelah kanan (RHD) selepas diubah suai Clive Sutton.

Ini pula cerita dari Britain. Sempena meraikan ulang tahun kelahiran Caroll Shelby, Clive Sutton menawarkan akses eksklusif kepada trak pikap kuasa tinggi Shelby Super Snake F-150 (foto atas)!

Clive Sutton sebagai pakar kereta prestasi tinggi dan mewah sudah lama atau 15 tahun mengimport model Shelby, termasuk menjadi satu-satunya pengedar rasmi di Britain. Pengedar itu juga menawarkan trak pikap F-Series kepada pengguna di negara itu selama lebih 20 tahun.

Trak pikap Shelby Super Snake F-150 tampil luar biasa dengan naik taraf supercas yang melonjakkan kuasa kepada 775hp. Model ini turut dilengkapi sistem suspensi khas untuk kegunaan jalan raya biasa dan off-road selain kit gaya yang seiring nama Super Snake.

Pemilik trak pikap ini boleh dianggap bertuah kerana 400 unit saja dikeluarkan untuk pasaran global. Berikut varian dan harga Shelby Super Snake untuk pasaran Britain:

  • Shelby Super Snake Sport (single cab): £139,950 (RM736,680)
  • Shelby Super Snake truck (double cab, on road): £159,950 (RM842,060)
  • Shelby Super Snake truck (double cab, off-road): £157,950 (RM831,530)

Lagi fakta trak pikap itu:

  • Model off-road (fota atas kanan) menggunakan kit tinggi BDS dengan suspensi FOX Shock System dan tayar BFG AT 35 inci.
  • Dijana enjin 5.0L V8 dan dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Luaran trak pikap menggunakan bampar dan gril khas Shelby, liang udara pada hujung bonet dan rim Shelby 22 inci.
  • Ruang kabin diubah suai dengan kerusi dwi-tona, kemasan gentian karbon dan pedal lumba.
  • Sempena 2023, cuma enam unit sahaja ditawarkan untuk pengguna Britain yang menjadikan model itu benar-benar eksklusif!

BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!
BACA >>> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!

Shelby F-150 Super Snake Sport
Shelby F-150 Super Snake Sport.01
Shelby F-150 Super Snake Sport.02
Shelby F-150 Super Snake Off Road
Shelby F-150 Super Snake Off Road.01
Shelby F-150 Super Snake Off Road.02
Shelby F-150 Super Snake On Road
Shelby F-150 Super Snake On Road.01
Shelby F-150 Super Snake On Road.02

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Clive Sutton, Ford F-150, Roda4, Shelby, Shelby Super Snake, Shelby Super Snake F-150, Trak pikap, Trak Pikap Prestasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev