• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ceroboh Tol Lebih 500 Kali, Pemandu Mazda Akhirnya Kena Tahan di New York

Ceroboh Tol Lebih 500 Kali, Pemandu Mazda Akhirnya Kena Tahan di New York

January 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PIHAK Berkuasa Pengangkutan Metropolitan Bandar Raya New York (MTA) menahan 21 penceroboh tol bersiri yang memiliki jumlah terkumpul tol dan caj tertunggak lebih AS$400,000! (RM1.70 juta).

Antara penceroboh ditahan dan kenderaan ditunda ialah pemandu Mazda CX-5 yang memiliki hutang caj tol sebanyak AS$57,000 (RM247,095) yang dilaporkan melakukan ‘jenayah tol’ itu lebih 500 kali sejak Mei 2021.

BACA >>> Prolintas Gempur Penceroboh Tol, Pemandu Proton X50 Sudah Terkantoi!
BACA >>> Pemandu Mercedes Lari Tol 45 Kali Kecundang Akhirnya!

Pegawai Pihak Berkuasa Terowong dan Jambatan Triborough (TBTA), David Rivera berkata;

Dia kata dia tak perasan pun ada hutang mana-mana tol. Bila aku buka je laci papan pemuka, memang ada beberapa sampul jingga dengan notis kat dalam."

Daripada 21 penceroboh tol tersebut, 17 pemandu ditahan di Jambatan Verrazzano-Narrows. Pihak berkuasa mengeluarkan 28 saman pada hari kejadian (Rabu lalu).

BACA >>> Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID

PEMANDU FORD MUSTANG MENANGIS

Seorang lagi pemandu lelaki berusia 30 tahun yang memandu Ford Mustang dikatakan menghubungi bapanya sambil menangis.
Rivera berkata;

Lepas itu, dia serah telefon kepada saya dan minta bercakap dengan bapanya. Saya beritahu bapa dia, kereta ini tidak didaftarkan dan kami nak rampas.”

BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

CARA JEJAK PENCEROBOH TOL

Pihak berkuasa mendakwa menggunakan teknologi sama seperti kutipan tol tanpa tunai untuk menjejak penceroboh tol.
Sistem itu menggunakan kamera dan alat pengimbas nombor plat dengan teknologi sama untuk memaklumkan kehadiran penceroboh tol bersiri.

Pegawai TBTA, Reginald Lede berkata;

Saya tak rasa orang awam sedar teknologi yang kita gunakan hari ini.

“Dengan hanya satu atau dua saat lalu gantri (palang pengimbas), kami akan dimaklumkan tentang kehadiran kereta ini atas jambatan, seseorang penceroboh tol yang dikesan. Gantri akan memaklumkan kami serta-merta.”

HANTAR PESALAH BALIK RUMAH

Selepas pesalah ditahan dan kenderaan dirampas, pegawai MTA akan menumpang mereka ke rumah atau ke stesen kereta api.

Kenderaan dirampas kemudian akan disita hingga caj tol dibayar dengan tambahan denda AS$100 (RM430) kepada pesalah yang mengumpul hutang tiga bayaran tol atau lebih dalam tempoh lima tahun.

Sepanjang 2022, MTA menahan 1,784 kenderaan kerana menceroboh tol. Agensi itu juga mendedahkan penceroboh tol menyebabkan kerugian AS$50 juta (RM215 juta) setahun.

Bagaimanapun, operasi menjejak dan memburu pesalah tol membantu agensi itu mendapatkan semula kira-kira 40 peratus hutang tol.

BACA >>> Menteri: PLUS Tambah 12 Lorong RFID Menjelang April Ini
BACA >>> Lorong RFID Sesak, Kerajaan Akan Bincang dengan Semua Pihak Terlibat
BACA >>> Monopoli TnG Berakhir 2025, Boleh Bayar Tol Guna Pelbagai Mod Digital?

SUMBER: CarScoops | NY Post | Silive

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, autoterkini, Ceroboh Tol, David Rivera, isu plaza tol, Penceroboh Tol, Reginald Lede

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my