HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) sebentar tadi memperkenalkan model kapcai terbaharu, Yamaha EZ115 (2023) ke pasaran tempatan, pada harga RM5,598.
Model itu dikatakan pengganti kepada Yamaha Lagenda 115Z.
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha EZ115 (2023) Macam Kapcai E115M (2015), Betul Ke?
Kapcai dalam segmen 115cc itu ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan cyan. Berikut perincian Yamaha EZ115 (2023):
- Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 115cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.58hp @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.
- Kotak gear klac automatik 4-kelajuan dengan klac basah multiplat.
- Dimensi panjang 1,940mm, lebar 715mm , tinggi 1,090mm.
- Tinggi pelana 775mm.
- Berat kasar 98kg manakala jarak tinggi bumi 155mm.
- Sistem suspensi fork konvensional di depan, dan dwi-absorber di belakang.
- Lampu utama, lampu signal belok dan lampu brek masih jenis mentol.
- Kapasiti tangki minyak 3.9 liter.
- Dilengkapi sistem penghidup elektrik dan penendang kaki.
- Sistem brek cakera (roda depan), dan dram (belakang).
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 70/90 (depan), dan 80/90 (belakang).
- Boleh didapati bermula esok, 16 Januari 2023.
Leave a Reply