• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha NMAX (2023) Perkenal Warna Baharu di Indonesia, Harga RM9k

Yamaha NMAX (2023) Perkenal Warna Baharu di Indonesia, Harga RM9k

January 13, 2023 By Aryon Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan warna baharu Metallic Blue (biru) untuk Yamaha NMAX 155 (2023) varian Standard  bagi menggantikan warna Matte Blue (biru kusam) pada model terdahulu.

Walaupun menampilkan skema warna berkilat, tetapi warna baharu itu kelihatan lebih gelap berbanding versi kusam. Warna tersebut juga melengkapi warna sedia ada seperti Maxi Signature Black (hitam), Matte Green (hijau), Prestige Silver (perak), dan Metallic Red (merah).

BACA >>> Brazil Lancar Siri Yamaha NMAX Connected 160 ABS (2023), Harga Mula RM16.4k!

Aspek mekanikal masih sama seperti model sedia ada, iaitu:

  • Ada tiga varian: Standard tanpa ABS, Connected tanpa ABS, dan Connected dengan ABS.
  • Dijana enjin BlueCore jenis 4-lejang silinder tunggal 155.09cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) dan teknologi injap variabel VVA berkuasa 15.2hp (11.3kW) @ 8,000rpm, dan tork 13.9Nm @ 6,500rpm.
  • Sistem transmisi automatik klac kering.
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan absorber kembar dengan subtangki di belakang
  • Panel meter digital penuh multi-info dengan konektiviti Y-Connect (untuk varian Connected ke atas).
  • Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dilengkapi ciri soket kuasa 12V untuk mengecas telefon pintar, Sistem Kawalan Traksi (TCS), sistem henti-mula Start & Stop, lampu depan LED dan lampu belakang LED dengan lampu kecemasan (hazard lamp), sistem kunci pintar (keyless).
  •  Saiz rim 13 inci dengan tayar 110/70 (depan), dan 130/70 (belakang).
  • Tinggi pelana 765mm, jarak tinggi 124mm, dan kapasiti tangki minyak 7.1 liter, manakala berat kerb 130kg (Connected tanpa ABS), dan 132kg (Connected tanpa ABS).
  • Varian Standard dijual pada harga Rp31.615 juta (RM9,040).

BACA >>> Yamaha NMAX (2022) Malaysia Dapat Dua Warna Baharu, Harga Naik RM200!
BACA >>> Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha Indonesia, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my