• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kad TnG Edisi Khas BAM Versi Original Boleh Beli Esok, Tapi Kad AMG Petronas 'Orizainal'

Kad TnG Edisi Khas BAM Versi Original Boleh Beli Esok, Tapi Kad AMG Petronas 'Orizainal'

January 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan kad Touch ‘n Go (TnG) dengan rekabentuk yang menampilkan beberapa pemain badminton terkemuka negara akan tersedia untuk dijual.

Kad itu hanya boleh didapati di reruai TnG di Axiata Arena Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 14-15 Januari ini sempena kejohanan badminton Terbuka Malaysia Petronas 2023.

BACA >>> Kalendar Petronas Cub Prix Malaysia 2023 Didedahkan, Masuk Usia Tiga Dekad Tahun Depan!
BACA >>> Isi Minyak Guna Touch n' Go RFID Kini di 88 Stesen Shell!

Kad TnG ini menampilkan pemain seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Ng Tze Yong.

Berdasarkan imej dikongsi BAM, setiap kad akan tertera logo 'Touch 'n Go eWallet' yang mungkin memiliki ciri NFC untuk isian semula secara elektronik menggunakan telefon pintar.

Bagaimanapun, BAM dan TnG masih belum mengumumkan harga kad tersebut. Sebagai edisi terhad, kad itu mungkin berharga lebih tinggi daripada kad TnG NFC biasa yang berharga RM10.

Sebelum ini, TnG mengeluarkan kad NFC dengan rekaan artis persatuan sosial tempatan, United Voice yang berharga RM25 tanpa nilai.

Sementara itu, kenyataan Petronas di media sosial mendakwa logo syarikat dan pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG digunakan tanpa kebenaran pada beberapa barangan, termasuk kad TnG NFC.

Sesetengah pengguna media sosial menjual kad 'TnG NFC edisi terhad' dengan logo pasukan Petronas dan Mercedes-AMG untuk pembelian atas platform e-dagang.

Justeru Petronas tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang isu yang timbul daripada pembelian barangan atau barangan tersebut.

BACA >>> TnG Malaysia Minta Jangan Beli Kad Tiruan, Netizen Bangkit Isu Stok Selalu Habis
BACA >>> Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2.0L Hybrid (2023), Enjin 4-Silinder Terkuat Dunia!

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Badminton, BAM, eWallet Touch n Go, NFC, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), PEtronas AMG, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my