• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Jadi Lokasi Kilang Baharu Tesla di Asean untuk Hasilkan 1 Juta Kereta Elektrik?

Indonesia Jadi Lokasi Kilang Baharu Tesla di Asean untuk Hasilkan 1 Juta Kereta Elektrik?

January 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TESLA hampir mencapai perjanjian awal untuk membina kilang pengeluaran di Indonesia dengan kapasiti pengeluaran sejuta unit, lapor Bloomberg News yang memetik beberapa sumber.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menerusi Twitter mengulas laporan itu dengan berkata;

Sila berhati-hati tulis artikel dengan memetik 'sumber tidak dinamakan' kerana mereka kerap kali palsu."

BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla
BACA >>> BYD Pintas Tesla Sebagai Pengeluar EV Terbesar Dunia 2022

Menteri Kanan Kabinet Indonesia, Luhut Pandjaitan yang mengetuai perbincangan dengan Tesla mendakwa rundingan masih diadakan tetapi enggan bercerita lanjut kerana tertakluk kepada perjanjian tanpa dibenarkan mendedahkan maklumat.

Tesla pula belum memberi respons terhadap pertanyaan agensi berita Reuters.

Musk bulan lalu berkata, Tesla hampir memilih lokasi kilang Gigafactory terbaharu berikutan laporan media mendakwa ia mungkin terlektak di utara negeri Nuevo Leon dalam Mexico.

Pada November 2022, Musk berkata, Korea Selatan adalah antara lokasi utama mendirikan kilang di Asia untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

Kilang Tesla di Shanghai, China.

Tesla kini menghasilkan kereta elektrik di Shanghai (China), Berlin (Jerman) dan Austin, termasuk Fremont di Amerika Syarikat).

Laporan terbaharu mengatakan perbincangan mengenai Indonesia, termasuk pelan kilang pengeluaran dan membantu rangkaian bekalan Tesla.

Luhut tahun lalu memberitahu CNBC Indonesia, Tesla sudah memeterai kontrak bernilai hampir AS$5 bilion (RM21.9 bilion) untuk pembelian material untuk bateri dari kilang penghasilan nikel Indonesia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo pernah dilaporkan meminta pengeluar kenderaan elektrik (EV) menghasilkan kenderaan dan juga bateri di republik berkenaan.

BACA >>> Elon Musk Sudah Beli 'Supercar Rare' Seawal Usia 28 Tahun
BACA >>> Tesla Model Y Kereta Paling Laris Dunia 2023, Atasi Toyota Corolla?
BACA >>> Anak Malaysia Jadi Pengajar Latihan Robotik di Tesla
BACA >>> Tesla Tunda Rancangan Cybertruck dan Semi, Mahu Beri Fokus Penuh Pada Model Y

SUMBER: TheStar

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Elon Musk, Indonesia, Kenderaan Elektrik, Luhut Pandjaitan, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my