MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mencatat rekod jualan 24,017 unit kenderaan sepanjang 2022 yang menyaksikan peningkatan 37.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Secara keseluruhan, MMM menduduki ranking ketiga dalam ranking pengeluar bukan nasional di Malaysia dengan anggaran penguasaan pasaran 3.3 peratus.
BACA >>> 6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Mitsubishi Xpander!
BACA >>> Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
MPV JEPUN NOMBOR 1 MALAYSIA
- Model kenderaan pelbagai guna (MPV), Mitsubishi Xpander mencatat jualan 14,316 unit dari Januari hingga Disember 2022, naik 93.5 peratus berbanding 2021.
- Jualan Mitsubishi Xpander merangkumi 59.6 peratus jualan keseluruhan MMM tahun lalu.
- Mitsubishi Xpander kekal sebagai MPV 7-kerusi Jepun paling laris di Malaysia
TRAK PIKAP POPULAR
- Trak pikap Mitsubishi Triton pula merekodkan jualan 9,697 unit sepanjang 12 bulan lalu, naik 4.6 peratus berbanding 2021.
- Model trak pikap itu menyumbang 40.4 peratus kepada jualan keseluruhan MMM.
- Turut mengekalkan kedudukan di tempat kedua dalam segmen trak pikap Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;
MMM gembira mencatat rekod prestasi jualan tinggi untuk 2022 dan kami berterima kasih kepada setiap pelanggan Mitsubishi seluruh negara kerana memberi sokongan.
"Salah satu pencapaian kami tahun itu ialah trak pikap Trition mencatat jualan terkumpul 100,000 unit di Malaysia sejak memasuki pasaran pada 2005.
"Kami juga berterima kasih kepada rakan bisnes atas sokongan mereka. Tahun lalu, 91 peratus pengedar kami menaik taraf premis masing-masing menggunakan identiti visual baharu demi menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan."
MMM dibentuk pada 29 Januari 2005 ialah pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia dengan 57 bilik pameran seluruh negara, manakala 52 premis adalah berstatus Pusat 3S.
Di Malaysia Timur, MMM menawarkan perkhidmatan menerusi 14 bilik pameran, iaitu masing masing tujuh premis di Sabah dan Sarawak.
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Umum Tiga Pelumba AXCR 2022, Trak Pikap Triton Sedia Berentap!
BACA >>> Pembeli Triton ke-100,000 Unit Dapat Diesel Percuma RM27k!
BACA >>> MMM Tambah Sumbangan Bantu Petugas Barisan Hadapan Lawan Wabak Covid-19
BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?
Leave a Reply