PEUGEOT mempamerkan barisan motosikal jenama itu sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 yang akan diperkenalkan tahun ini.
Barisan produk itu terdiri daripada lima model motosikal, termasuk skuter elektrik. Berikut perinciannya:
Peugeot XP400
- XP400 menggabungkan tiga elemen utama, iaitu rekabentuk, kuasa dan teknologi.
- Menggunakan trenkuasa patuh Euro5 400cc PowerMotion berkuasa 36.6hp @ 8,150rpm dan tork 38.1Nm @ 5,400rpm.
- Memiliki karakter motosikal urban dengan kemampuan meredah pelbagai rupa bumi.
BACA >>> Peugeot Django 125 Eversion ABS+ (2022) Kini di Jepun, 50 Unit Sahaja, Harga RM14.4k!
Peugeot PM-01
- Model ini mensasarkan individu yang mahukan motosikal berkuasa dengan karakter dinamik.
- Mengetengahkan konsep model streetfighter dan neo-retro.
- Menggunakan trenkuasa silinder tunggal 292.4cc penyejukan cecair berkuasa 29hp @ 9,000rpm dan tork 23Nm @ 7,000rpm.
- Kapasiti tangki minyak 12.5 liter.
BACA >>> Peugeot Rancang Perkenal Motosikal 300cc untuk Pasaran Asia
e-Streetzone
- Skuter elektrik ini direka untuk tunggangan bandar.
- Bateri mudah cas dengan pek bateri boleh tanggal.
- Masa mengecas tujuh jam untuk kapasiti 100 peratus menggunakan soket standard di rumah.
- Mampu ditunggang hingga 112km untuk sekali cas penuh.
Django EVO
- Mengetengahkan rekabentuk klasik moden, dan hadir dalam dua varian 125cc (dua model) dan 250cc.
- Menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 124.8cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 10.6hp @ 7,000rpm, dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.
- Django Evo 125 LC menggunakan enjin sama tetapi dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 12.9hp @ 8,500rpm dan tork 12Nm @ 6,500rpm.
- Django Evo 150 LC pula menggunakan enjin 149.6cc berkuasa 14.4hp @ 9,000rpm, dan tork 12.4Nm @ 6,500rpm.
Peugeot Tweet
- Versi baharu ditumpu kepada pembeli yang menetap di kawasan bandar.
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 124.6cc menjana kuasa 11.42hp @ 8,500rpm dengan tork 10.3Nm pada 6,500rpm.
- Kelajuan maksimum Tweet ialah 98kmj.
BACA >>> Aveta Malaysia Lancar Sportbike 250cc Minggu Depan, Inikah Modelnya?
BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply