• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

#TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

February 21, 2017 By Azhan O 5 Comments

7.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA Corolla bukan sekadar merujuk kepada jenama kereta penumpang Toyota paling laris di dunia, tetapi turut mewakili satu model prestasi paling ikonik yang dibina pengeluar automobil dari Jepun itu. Apa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan, Toyota AE86. Tetapi kenapa AE86? Apakah rahsia di sebalik kod nama tersebut? Dan kenapa ia begitu disayangi?

Sedikit mengenai Toyota AE86, yang dibina antara 1983-1987, model itu ialah coupe atau hatchback ringan dan kompak dalam barisan famili Corolla generasi ke-5, yang juga dipanggil Levin dan Sprinter Trueno di pasaran negara tertentu. Berikut ialah pecahan kod nama bagi AE86:

  • A - Enjin 4A
  • E - Corolla
  • 8 - Generasi ke-5 (siri E80)
  • 6 - Varian ke-6 dalam generasi itu

BACA >>> #BikinKereta: Toyota FT86 Iron Man yang Ditala untuk Berlumba

PADANAN PRESTASI SEMPURNA

toyota-ae86
enjin-toyota-ae86

Ya, resipi nama yang agak ringkas dan mudah saja. Namun, apa yang paling penting ialah kejayaan Toyota memadankan enjin suntikan bahan api, 4-silinder Twin-Cam dengan transmisi manual 5-kelajuan dalam casis pacuan roda-belakang (RWD) dan opsyen Diferensial Gelincir Terhad (LSD). Prestasi standard pada awal mampu menghasilkan kuasa maksimum pada 128hp, manakala tork 150Nm yang turut dilengkapkan dengan Sistem Ambilan Variabel Toyota (Toyota Variable Intake System, T-VIS).

Turut menyempurnakan AE86 ialah kehadiran suspensi independen gaya strut MacPherson di depan dan gandar hidup 4-pautan (four-link live axle) di belakang, serta dipasangkan bar stabiliser di kedua-dua penjuru suspensi. Sistem brek pula menggunakan jenis cakera berlohong (ventilated) di keempat-empat tayar.

HACHIROKU SI RAJA BUKIT


Bersama hantaran kuasa secukupnya dan berat kurang satu tan, Toyota AE86 yang juga dipanggil Hachiroku di Jepun (bermaksud 86), tidak mengambil masa lama untuk dinobatkan sebagai raja bukit dan rali di dunia, sekali gus melonjakkan reputasi model itu sebagai status jenama kereta Toyota paling ikonik.

Toyota 86 baharu (dan Subaru BRZ) juga direka dengan idea sama, menggunakan enjin flat-empat yang membolehkan pembeli mengimbas semula kenangan mereka tentang identiti 86. Pengeluar juga nekad menala prestasi AE86 baharu itu pada julat kuasa setakat 205hp sahaja. Walaupun pernah diminta supaya ia dibuaskan lagi, tetapi bagi Toyota, mereka begitu berbangga dapat mengekalkan naluri, karakter dan tradisi model serba ikonik itu.

Inilah sebab kenapa label 86 begitu disayangi Toyota dan peminat-peminatnya.

SUMBER: RoadAndTrack

Related

7.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: AE86, asal usul nama AE86, autotainment, Roda4, tahukah anda, Toyota, Toyota AE86, Toyota Corolla, Toyota Corolla AE86

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev