• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis: Kereta Lembu Serdang Bukan Warga Asing, Tapi Orang Tempatan Berlatih Perarakan

Polis: Kereta Lembu Serdang Bukan Warga Asing, Tapi Orang Tempatan Berlatih Perarakan

January 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BEBERAPA hari lalu tular video tiga lelaki duduk atas sebuah kereta lembu di sebatang jalan raya di kawasan Taman Serdang Perdana di Serdang, Selangor hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Terbaharu, polis mengeluarkan kenyataan di media sosial untuk menjelaskan isu tular tersebut.

BACA >>> Bukan Dhaka, Tapi Serdang, Tiga Jejaka Asing Santai Naik Kereta Lembu atas Jalan Raya Awam

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Kereta-Lembu-Serdang-Perdana.mp4
LOKASI, WAKTU KEJADIAN

Siasatan awal polis mendapati video itu dirakam pada 2 Januari 2023 kira-kira jam 10 pagi di Jalan Serdang Perdana di Seri Kembangan, Selangor.

APA CERITA PEMILIK

Pemilik kereta lembu mendakwa kereta lembu itu dinaiki tiga lelaki tempatan (bukan warga asing). Mereka dikatakan sedang berlatih perarakan upacara keagamaan Hindu yang dijangka diadakan sempena Thaipusam, bulan depan.

STATUS SIASATAN

Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kereta lembu berkenaan di bawah Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

PEMILIK KERETA LEMBU BUAT LAPORAN

Pemilik kereta lembu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan (5 Januari) untuk menjelaskan kejadian tersebut.

POLIS KONGSI NASIHAT

Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya tidak menggunakan apa saja jenis haiwan di jalan raya awam dan mematuhi undang-undang supaya tidak membahayakan pengguna.

BACA >>> Lelaki Ditahan Ubah Skyline R32 Jadi Kereta Polis
BACA >>> MPKS Beri Amaran akan Saman, Lelong Lembu Berkeliaran
BACA >>> Kena Denda RM2,000 Sebab Pindah 21 Lembu Tanpa Izin
BACA >>> Diplomasi Volvo Lembutkan Korea Utara, Pyongyang Berhutang Lebih RM1.5b Kepada Sweden

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kereta lembu, Kereta Lembu Serdang, polis serdang, taman serdang perdana, viral lembu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my